Kane ketika menerima sijil GWR sebagai wanita paling berusia iaitu 118 tahun. - Kredit foto: AP

Kane Tanaka berusia 118 tahun pada 2 Januari 2021 dan dia mempunyai impian untuk mampu menikmati kehidupan melebihi 120 tahun, kurang dua tahun lagi. 

Wanita dari Fukuoka, Jepun ini tidak menyangka akan hidup panjang setelah diserang kanser sebanyak dua kali. Dia lahir secara prematur dan lebih  sebulan belum boleh minum susu kerana ususnya tidak sempurna.

Dengan keadaan itu siapa menyangka, pada masa hadapannya Kane hidup kuat, bahkan mampu memecahkan rekod Guinness World Record (GWR) sebagai orang yang hidup paling lama di dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Guinness World Record (GWR)



Kane yang kini tinggal di sebuah pusat jagaan orang-orang tua ini sedia mendedahkan gaya hidup sehariannya untuk pengetahuan orang ramai.

Kane Tanaka lahir di Jepun pada tahun 1901. Dia lahir secara prematur, bahkan lebih dari sebulan ia belum boleh minum susu kerana ususnya belum sempurna.

Siapa sangka, pada masa depan Kane hidup kuat, bahkan mampu memecahkan rekor Guinness World Record sebagai orang yang hidup paling lama di dunia.

Pada usia 45 tahun, Kane didiagnosis mengalami kanser pankrea. Namun dia mampu sembuh daripada kanser itu. Pada usia 103 tahun, dia didianogsis pula kanser kolorektal. Kerana faktor usia, doktor enggan melakukan pembedahan.

Namun Kane berkeras untuk melakukan operasi. Keajaiban terjadi. Pembedahan itu berhasil menghilangkan kansernya. 

Kane mendapatkan rekod dunia sebagai orang tertua di dunia pada 2019 ketika usianya 116 tahun.



Kane mendedahkan mempunyai umur panjang kerana mengamalkan makan sedap dan belajar. - Kredit foto: GWR


Apa rahsia panjang umurnya? "Makan sedap dan belajar," katanya sebagai tip panjang umur kepada akhbar The Mainichi.

#  Kane Tanaka Masih Rajin Belajar

Kane mempunyai rutin. Setiap pagi Kane dia bangun jam 6 pagi dan belajar matematik.  Dia juga kerap bermain board games untuk melatih otaknya.

# Kane Tanaka Suka Makan Cokelat

Cokelat adalah makanan kegemarannya kerana baginya ia baik untuk kesihatannya. Cokelat mengandungi kandungan yang baik untuk kesihatan, seperti antioksidan, dan pelbagai jenis mineral. Mengikut kajian, cokelat boleh menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah.

# Kane Tanaka Lakukan Diet Sihat

Melakukan diet sihat merupakan faktor penting dalam membantu Kane Tanaka panjang umur. Kane suka makan biji-bijian olahan. Dia jarang makan biji-bijian mentah. Ini kerana menurutnya dalam proses menanam, biji-bijian disembur dengan racun dan melekat pada lapisan luar dan merbahayakan kesihatan.

# Kane Tanaka Menjalani Hidup Bahagia

Dia selalu optimis dan bahagia. Kane Tanaka selalu menjaga mentalitI optimistik. Bahkan ketika menderita kanser, dia masih sering pergi berjalan-jalan untuk bertemu rakan-rakan untuk berbual.

Kini impian Kane ialah mampu hidup melepasi usia 118 tahun, dia berhasrat dapat melepasi usia 120 tahun dan mengekalkan rekod manusia tertua di dunia.


/

Lelaki paling tua, Saturnino berusia 112 tahun. Kredit foto: GWR

Sementara itu, rekod lelaki tertua di dunia dipegang oleh lelaki Sepanyol, bernama Saturnino. Dia yang lahir pada 11 Februari 1909 dan kini berusia 112 tahun dan punya ketinggian bawah 5 kaki. - KitaReporters


17
18
0
10
0

Copy Link: