Rumah di Biccari, Itali dijual pada harga RM4.90! Nasi kandar di Malaysia pun jauh lebih mahal
Published byKredit foto: wikipedia
IDEA gila dan tak masuk akal itu mula-mula dicetuskan oleh seorang Datuk Bandar Biccari di sebuah kawasan di Itali baru-baru ini dengan pada mulanya sekadar 'cuba-cuba' sahaja.
Namun Gianfilippo Mignogna yang merupakan Datuk Bandar tersebut ternyata tidak menyangka inisiatif beliau untuk menjual rumah-rumah di bandar sunyi di bawah pentadbirannya itu dengan harga yang lebih murah daripada harga kereta terpakai, mendapat sambutan hangat dari para pembeli berhampiran.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Itali:
https://kitareporters.com/search?search=itali
RUMAH MURAH UNTUK DIJUAL! HARGA RM4 SAJE.. - KitaReporters
Kredit foto: italofile.com
Sebenarnya Mignogna mempunyai satu harapan besar kepada kawasan bandar berkenaan.
Beliau mencadangkan rumah-rumah di Biccari itu dijual bertujuan memeriahkan kembali pekan tersebut yang kian lengang dek penyusutan mendadak populasinya.
Biccari hanya mempunyai 2,000 penduduk sahaja pada waktu tersebut.
Rumah-rumah yang sedia untuk didiami di sana dijual pada harga serendah RM36,747, manakala rumah yang usang pula dilelong pada harga RM4.90 sahaja. Ia jauh lebih murah dari sepinggan nasi kandar di Malaysia.
Kredit foto: edition.cnn.com
“Saya dibanjiri permohonan. Dapat lebih kurang 20,000 emel dari seluruh dunia.
“Ramai menghantar surat-surat yang menyentuh hati dan menjelaskan sebab mahu membeli rumah serta menjadi sebahagian daripada komuniti di Biccari.
“Malah, ada juga yang siap hantar gambar mereka,” kata Gianfilippo kepada agensi berita CNN.
Menurutnya, permohonan itu diterima selepas cadangan menjual rumah pada harga rendah itu disiarkan oleh CNN Travel.
Kredit foto: tripadvisor.co.uk
Fenomena penyusutan penduduk serta penjualan rumah dengan kadar yang murah adalah satu trend yang rancak berlaku di beberapa bandar dan kampung-kampung di Itali.
Penulis, tukang masak, saintis, doktor dan pembuat filem, kata Gianfilippo, adalah antara individu yang berminat untuk menetap di Biccari.
“Jualan ini seolah-olah menjadi satu magnet yang menarik orang ramai untuk berpindah ke Itali. Ramai yang datang sini untuk melawat rumah-rumah tersebut (di Biccari),” tambah Gianfilippo.
Jika anda berpeluang, adakah mahu untuk kita membeli beberapa buah rumah di Itali? Mungkin menarik untuk difikirkan bersama. - KitaReporters
Kredit foto: edition.cnn.com