Video| Niat buka topeng berkecai! Bandi reda tersingkir dalam GV8! Terus perjuang muzik Amuk!
Published byHARAPAN peminat muzik tanah air untuk melihat Bandi Amuk membuka topengnya tidak kesampaian apabila dirinya tersingkir pada minggu ke-7 pertandingan Gegar Vaganza 8 (GV8) pada Ahad, 2 Januari 2022 lalu.
Sebelum ini Bandi pernah berkata bahawa dia akan membuka topengnya jika menduduki tiga tempat teratas dalam Gegar Vaganza 8 (GV8).
Bandi bersyukur apabila dirinya tersingkir pada minggu ke-7 membuat janjinya tidak tertunai.
Lagi kisah menarik berkaitan Gegar Gavanza
Bandi nasihatkan penyanyi yang hendak jaga imej jangan sertai Gegar Vaganza
Bandi berkata demikian dalam pertemuan dengan media selepas GV8 minggu ke-7 berakhir.
Menurut Bandi, dia begitu sayang dengan imejnya bertopeng yang menjadi ‘trademark’ atau ciri atau identiti dirinya selama 25 tahun apabila dia dikenali sebagai Bandi Amuk dengan muzik heavy rock.
Menurut Bandi, dia dimarahi sejumlah peminat fanatiknya untuk membuka topeng. Tambah Bandi, dia tidak akan membuka topengnya ketika menyanyi sehingga akhir hayat.
/
Sebelum dikenali sebagai Bandi Amuk, lelaki yang nama asalnya Nasabandi Jumat, 54, ini bersama kumpulan Febians dan ketika itu dikenali sebagai Nasha. Bandi (Nasha) menjadi vokalis kumpulan Febians pada 1979 untuk beberapa tahun.
Namun pada tahun 1996, dia menubuhkan kumpulan bernama Amuk dengan konsep ‘hard metal’ dan memakai topeng sebagai ‘trademark’nya sehingga kini.
Bandi mensihatkan penyanyi yang ingin mengekalkan imej agar tidak menyertai pertandingan Gegar Vaganza.
Berdasarkan pengalamannya, menyertai pertandingan Gegar Vaganza memerlukan seseorang penyanyi itu menguasai pelbagai ‘genre’ lagu di samping boleh menyanyi dalam bahasa asing terutama berbahasa Inggeris.
Dalam GV8 minggu ke-7, Bandi terpaksa menyanyikan lagu berbahasa Inggeris. ‘I want To Break Free’. Walaupun lagu itu bercorak rock, namun diksi dan sebutannya mengurangkan markahnya.
Menurut Bandi dia diminta untuk menyertai GV8, bukan atas kehendaknya sendiri. Namun Bandi tetap berasa memperoleh faedah menyertai GV8 dan menerima kritikan juri dengan hati terbuka.
Dia menghormati teguran ketua juri, Datuk Ramli MS yang danggapnya sebagai ‘gudang ilmu muzik’ yang banyak mencurahkan ilmu muzik terhadapnnya.
Selepas keluar dari GV8, Bandi akan menyusun semula kegiatan nyanyiannya.
Walaupun dalam pandemik Covid-19, menurut Bandi dia tetap mendapat tawaran menyanyi sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. - KitaReporters