Video| Shuib tolak lamaran DSV! Tak sesuai! Baru kenali seseorang diperkenal ibunya! Orang biasa!
Published by
KitaReporters
--title--
DSV membuat berita sensasi tertarik dengan Shuib yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman.
SELEBRITI, pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini menjadi duda idaman wanita seluruh negara.
Selepas ditinggal mati oleh penyanyi, arwah Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 dengan perlu membesarkan empat anak, ramai wanita yang sudi menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya.
Namun berita yang paling hangat apabila ahli perniagaan sensasi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, sedia untuk menjadi isteri Shuib.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan percintaan
DSV memeluk mesra anak-anak Shuib
Memberitahu sebuah media. DSV menganggap Shuib memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Dia seorang yang baik dan penyayang.
DSV sebelum ini sudah berkahwin tiga kali dan mempunyai empat orang anak dengan dua orang meninggal dunia dalam kebakaran.
Menurut DSV dia mempunyai hubungan rapat dengan Shuib sekeluarga termasuk anak-anaknya, di samping menjadi rakan niaga produk makanan jenama Unagi ketika Siti Sarah masih hidup.
Baru-baru ini DSV dilamar secara ‘mulut’ oleh ahli perniagaan muda Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, yang merupakan bekas pembantu peribadinya selama 4 tahun, namun DSV menolak.
Shuib akan cari pengganti yang dapat menerima baik anak-anaknya
Mengulas ‘lamaran’ tokoh perniagaan sensasi itu, Shuib menyatakan dirinya ‘tiada hati’ untuk berkahwin dengan DSV.
Shuib hanya menganggap DSV sebagai kenalan dan rakan niaga yang baik dan tidak akan menggunakan hubungan rapat itu untuk memilik hati wanita yang sudah tiga kali bersuami itu.
Shuib menyifatkan DSV seorang yang baik dan berdoa agar usahawan kosmetik itu mendapat pasangan hidup yang benar-benar sesuai.
Menyentuh pasangan hidup baharunya, Shuib menyerah kepada restu ibunya dan anak-anak. Tambahnya dia baru mengenali seseorang yang diperkenal oleh ibunya. Dia adalah orang biasa yang bukan dari golongan artis atau ahli perniagaan.
Shuib membayangkan akan tiba masanya untuk dia kembali berumah tangga, namun masa akan menentukan. Dia hanya akan memilih wanita yang dapat menyayangi kempat anaknya.
Baginya hidup bersama Sarah selama 10 tahun (2011-2021) merupakan kenangan indah yang terus terpahat dalam ingatan. - KitaReporters
Shuib berdoa DSV mendapat pasangan hidup yang sesuai
20
19
0
11
1