Lagu berjudul Gila hasil ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong nyanyian Kaka telah dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-35  (AJL35) yang berlangsung pada malam 14 Mac 2021.

Ia mencetuskan kejutan kerana tidak ramai yang menjangkakan lagu tersebut bergelar juara. Namun yang mencuri tumpuan ketika majlis berprestij itu berlangsung ialah persembahan Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Nabila Razali:

https://kitareporters.com/search?search=Nabila+Razali



Persembahan Nabila sememangnya ditunggu oleh orang ramai kerana sebelum ini penyanyi tersebut mencetuskan kontroversi apabila sering kali ‘terkucil’ ketika menyanyi secara langsung (live)

Malah, dia nyaris tidak dapat menyertai pertandingan tersebut atas sebab masalah kesihatan. Namun bernasib baik, kerana AJL35 ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga akhirnya dia dapat menyertainya.

Seperti yang dijangkakan, sekali lagi Nabila dilihat ‘terkucil’ ketika menyampaikan lagu tersebut dan ini membuka peluang para netizen mengecamnya.


Nabila dilihat seakan tertekan ketika menyampaikan lagu berjudul Peluang Kedua. - Kredit foto: IG TV3


Walaupun Nabila dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik, tetapi sisi negatif juga yang dijaja dan menjadi tular dalam media sosial mengenai mutu nyanyiannya.

Sementara itu, selaku empunya badan, Nabila juga memohon maaf di Instagramnya dan menjelaskan dia sudah melakukan yang terbaik.


Nabila memohon maaf dan menjelaskan dia sudah cuba buat yang terbaik.


Permohonan maaf itu disambut oleh rakan-rakan artis dan mereka menitipkan kata-kata semangat dan memujinya kerana berani dan bekerja keras.

Paling mencuri perhatian ialah kata-kata motivasi daripada Imam Muda Asyraf yang dititipkan kepada Nabila dalam Instagram.

Menurut Asyraf, dia kagum dengan semangat dan kesungguhan Nabila sehingga mengajarnya erti kerja keras.

“Takpa Nabila. Dari hari tu kita jumpa, hang (awak) asyik sebut dua tiga kali tentang usaha hang. Hang memang orang yang tak pernah putus asa. Aku kagum dengan kesungguhan hang. Hang ajar aku kenal erti kerja keras. Keikhlasan dalam memberi,” tulis Asyraf.



Imam Muda Asyraf menitipkan kata-kata semangat kepada Nabila.


Komen tersebut bagaimanapun mengundang pertanyaan salah seorang netizen. Soal netizen tersebut, tidakkah kata-kata Asyraf itu memberi gambaran bahawa dia menyokong seorang wanita menyanyi.

“Ustaz galakkan perempuan menyanyi ke mcam mana ni ? Jem lagu ni,” tulis salah seorang netizen.

Individu yang mempersoalkan kata-kata daripada Imam Muda Asyraf.

Pertanyaan netizen tersebut dijawab oleh Asyraf dengan tenang. Menurut Asyraf, kata-katanya itu hanyalah tidak lebih daripada rakan kepada rakan.

“Tiada isu menggalakkan atau tidak. Tapi sebagai seorang bersifat manusiawi pada nilai sebuah persahabatan sesama rakan,” jawab Asyraf ringkas dan padat.

Menurut Asyraf, kata-katanya itu hanya bersifat manusiawi.

Jawapan itu membuatkan tukang soal menerimanya namun masih bernada sinis kerana menganggap majlis tersebut adalah program maksiat. Malah, ketika menjawab tentangan daripada netizen lain, individu tersebut menjelaskan tak salah kalau saling mengingati. - KitaReporters


5
3
3
4
1

Copy Link: