Tahniah Neelofa? Video sedondon, simbol cinta dengan PU Riz!
Published bySELEPAS Mira Filzah selesai mengakhiri zaman bujangnya sehingga membuatkan ramai para jejaka dan suami orang menanggis, kini adakah akan tiba pula masa Neelofa mengikut jejak Mira Filzah? Bak kata pepatah Melayu : "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang!". : KitaReporters
Baru-baru ini tular dan menjadi 'trending' video Neelofa bersama PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail.
Beberapa video dan gambar mereka berdua yang dilihat cukup mesra itu dirakam ketika PU Riz hadir secara istimewa ke majlis perkahwinan adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief baru-baru ini.
Bukan sahaja mereka kelihatan tidak kekok bersama, malah warna baju yang dikenakan oleh Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan PU Riz juga adalah sedondon, bak sepasang pengantin, yang cukup menakjubkan dan menjadi bualan serta spekulasi netizen.
Lihatlah reaksi dan bahasa badan Nabila apabila berjaya merakamkan aksi-aksi bersahaja antara Neelofa dan PU Riz pada majlis berkenaan.
Adakah kita bakal menyaksikan selepas ini giliran Neelofa pula bakal bergelar Raja Sehari? Jika benar, berapa ramai para jejaka dan suami orang yang akan menanggis dan 'frust menonggeng' dengan berita berkenaan?
Sebagai peminat dan rakyat Malaysia, marilah kita mendoakan yang terbaik buat pelakon, pengacara dan usahawan berjaya dari Malaysia ini yang pernah mengungguli Anugerah Usahawan pada Influencer Awards 2019 yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco pada Oktober tahun lalu (2019). - KitaReporters