Berita Terkini| Lorong tikus sempadan Terengganu-Kelantan! Polis kenal pasti 28 laluan di Besut

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Polis kenal pasti 28 lorong tikus di sempadan Besut-Kelantan


Sebanyak 28 lorong tikus di sempadan Terengganu-Kelantan di Besut telah dikenal pasti oleh pihak polis sehingga kini yang dipercayai digunakan penduduk setempat untuk merentas negeri secara tidak sah.

Ketua Polis Terengganu,  Datuk Roslee Chik berkata jumlah itu meningkat berbanding hanya 15 laluan dikesan sebelum ini ekoran tindakan segelintir individu yang bertindak membuka laluan baharu setelah jalan sedia ada disekat dengan kawat besi.

“Jumlah lorong tikus di sempadan Besut-Kelantan bertambah dengan 28 laluan telah dikenal pasti setakat ini.  Masyarakat setempat perlu patuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kawalan lebih ketat dilakukan di semua lorong tikus berkenaan bagi halang aktiviti keluar masuk penduduk dalam situasi Covid-19 yang makin meningkat terutama di Besut.

“Mereka yang dikesan memotong kawat besi akan dikenakan tindakan tegas. 

Selain sekatan jalan raya, rondaan turut dilakukan di lokasi-lokasi laluan tikus," katanya dipetik oleh Utusan Malaysia, 5 Mei 2021-KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


13
5
3
2
3

Copy Link: