Video| Isu undian online! Khai Bahar tak suka paksa peminat!
Published byDALAM kalangan artis baharu industri muzik atau Budak Baru Nak Up (BBNU), nama Khai Bahar adalah salah seorang daripadanya. Bakat Khai dicungkil menerusi platform Smule dan Bayang merupakan single pertamanya yang dikeluarkan pada 2016. : KitaReporters
Khai Bahar mahu peminat menghargai bakatnya secara ikhlas.
Lagi kisah-kisah berkaitan Khai Bahar:
https://kitareporters.com/search?search=khai+bahar
Sejak itu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 26, sering menjadi perhatian peminat muzik tanah air. Tambahan pula lagu-lagu dendangannya seperti Dari Jauh Saja, Luluh, #123 dan Satukan Rasa (duet dengan Siti Nordiana) menjadi siulan ramai.
Malah penyanyi dan juga pelakon itu mempunyai pengikut yang ramai iaitu kira-kira 2.1 juta dalam Instagramnya. Namun beliau tidak pernah memaksa kelab peminatnya iaitu Khai Bahar Empire untuk menggundinya secara konsisten.
Bersama Siti Nordiana memenangi kategori Artis Berkolaborasi/Duo untuk ABPBH33 dan untuk AME2020, dicalon untuk kategori Duo MeleTop ERA.
Contohnya, pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) baru-baru ini, beliau tercalon untuk dua kategori iaitu Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (Bersama Siti Nordiana) dan FC Fantastik Poular (Khai Bahar Empire).
Untuk anugerah ABPBH33, Khai dan Siti Nordiana dipilih sebagai pemenang untuk kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.
Sekali lagi penyanyi Durja itu tercalon bersama Siti Nordiana dalam Anugerah MeleTop Era atau AME2020 untuk kategori Grup/Duo MeleTop ERA menerusi lagu Satukan Rasa.
AME2020 akan
disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam, 20 Disember 2020 ini dari Pusat
Konvensyen Putrajaya menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selain itu,
Khai juga menjadi calon Top 5, kategori Penyanyi MeleTop ERA untuk lagu #123.
Beliau bersaing dengan Alif Satar (I
Want You To Love Me), Ernie Zakri (Ku Bersuara), Haqiem Rusli (Selamat Tinggal
Sayang) dan Siti Nordiana (Hatiku Milikmu).
Seperti ABPBH33, AME 2020 adalah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi 15 kategori utama yang dipertandingkan.
Sebelum 20202 melabuh tirai, Khai ada beberapa projek yang perlu diselesaikan.
“Tak menang
dalam ABPBH3, tempoh hari, saya anggap itu bukan rezeki. Saya tak mahu memaksa
peminat untuk mengundi sampai mereka pun tak sempat nak buat kerja lain.
Dari awal lagi, masa pencalonan tahun sebelum ini pun saya tak pernah
memaksa peminat suruh mereka mengundi untuk menang.
“Begitu juga
untuk AME 2020, pada saya, siapa nak undi saya itu biarlah dengan seikhlas
hati. Sebab peminat sendiri pernah cakap, mereak undi saya dengan seikhlas hati
dan mereka cuba berusaha sebaik mungkin,” katanya yang enggan menaruh harapan.
Baginya,
kalau Allah sudah tetapkan sudah rezekinya, maka beliau terima dengan hati
terbuka dan jika sebaliknya, Khai tidak bersedih kerana adat pertandingan ada
menang kalah.
“Sejujurnya,
untuk tahun ini, saya sendiri cakap pada pengurus yang saya tak nak letak
harapan apa-apa sebab saya tak nak mengharapkan apa-apa untuk tahun ini.
“Saya hanya lepaskan kepada peminat, kalau mereka nak mengundi seikhlas hati dan mereka berusaha, mereka yang nak saya menang dan saya sendiri bagi sokongan kepada mereka kerana menyokong,” katanya yang juga dipilih sebagai penyampai trofi pada AME 2020 nanti.
Muncul dengan single baharu, Nafas Cinta berduet dengan Aina Abdul.
Sebelum AME
2020 berlangsung, peminat Khai terlebih dahulu dapat melihat persembahannya
dalam Konsert Ulang Tahun ke-20 Inteam secara virtual pada 12 Disember 2020 ini yang
berlangsung dari Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor.
Untuk
konsert yang menawarkan tiket serendah RM10 untuk mendapat link, sudah tentu
peminat akan melihat Khai berduet dengan anggota Inteam menerusi lagu Setanggi
Syurga.
Selain itu, Khai juga bakal mengadakan konsert
solonya secara virtual pada 15 Disember 2020 ini. Konsert Live Stream Khai Bahar yang
dibawakan oleh aplikasi goceb ini, bagi mengubati rindu peminatnya yang ingin
menonton persembahan Khai di Istana Budaya tidak kesampaian kerana ditunda dek pandemik
COVID-19.
Menerusi konsert aplikasi goceb itu, Khai bakal menyanyikan sembilan lagu popularnya yang disampaikan secara akustik.
Belum ada rezeki untuk mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada goceb
kerana memilih saya untuk menjayakan konsert 'live stream' ini. Sedikit
sebanyak konsert ini mengubat kerinduan peminat yang mahu menyaksikan
persembahan daripada saya.
"Kalau sebelum ini peminat hadir memberi
sokongan pada setiap persembahan membabitkan saya, tapi sejak Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan perkara itu sudah tidak ada. Apatah lagi
kebanyakan program hiburan sekarang tidak membabitkan penonton.
"Walaupun ini adalah konsert secara dalam talian, saya berharap peminat akan berpuas hati. Insya-Allah, saya akan cuba memberikan persembahan terbaik dan 'feel' dapat dirasai semua yang menonton di rumah.
"Persembahan saya nanti diiringi secara akustik. Pastinya ia sesuatu yang
menarik. Saya juga tidak sabar untuk menghiburkan semua," katanya yang muncul
dengan single Nafas Cinta, duet dengan Aina Abdul. : KitaReporters