APA LAGI ALIFF SYUKRI, SAJAT? TAK SUDAH-SUDAH!!
Published bySEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020, kita telah menyaksikan pelbagai idea kreatif rakyat Malaysia bagi menghilangkan rasa bosan mereka apabila terpaksa 'berkurung' di dalam rumah. Meskipun diakui rata-rata idea yang dimuat naik dalam bentuk rakaman video dalam laman sosial itu melucukan, namun tidak kurang juga ada yang menjengkelkan hingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga maya. - KitaReporters
Tangkap layar dari Instagram rasmi Datuk Aliff Syukri yang menunjukkan usahawan kosmetik itu dan Nur Sajat membuat video parodi lagu remix 'Ke Sana Ke Sini'. - Sumber Instagram Datuk Aliff Syukri
Terbaharu, video parodi oleh usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang berlatar belakang lagu remix ucapan tular Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertajuk 'Ke Sana Ke Sini' teruk dikecam oleh warga maya.
Rata-rata mereka kesal melihat aksi Nur Sajat yang berjoget sakan sambil memakai tudung dengan Aliff Syukri pula membuat memek muka meniru ucapan Perdana Menteri itu.
Dalam ruangan komen dalam Instagram berkenaan, seorang warga maya menyatakan rasa sakit hatinya dan meminta agar Nur Sajat menghentikan perbuatan tersebut.
Malah, beberapa warga maya turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan mempertikaikan bagaimana dua individu penuh kontroversiti itu boleh bebas berjumpa sedangkan semua sedia maklum tentang arahan PKP yang semua duduk di rumah.
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menulis agar kedua-dua mereka tidak terus mengundang kebencian warga maya.
Apapun mungkin video tersebut untuk tujuan hiburan sahaja dan Aliff Syukri serta Nur Sajat tidak bermaksud apa-apa selain hanya mahu menghilangkan rasa bosan mereka.
Bagaimanapun, mungkin kritikan daripada warga maya ini perlu juga diambil peduli oleh Aliff Syukri dan Nur Sajat.
Iyelah, takkan sepanjang masa hendak mengundang cercaan dan kebencian orangkan?
Sesekali tu, berhentilah buat perkara-perkara 'pelik'. - KitaReporters