SETAN!! ISRAEL TUTUP PUSAT COVID-19 PALESTIN
Published bySEBAGAI sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia boleh melaksanakan pelbagai dasar dan kaedah dalam membendung pandemik COVID-19 ini. Namun, bagi Palestin, sebuah negara yang masih dijajah dan diperintah oleh kuasa luar Israel, tentunya hak dan keupayaan mereka dihalang serta disekat oleh regim aparteid Tel Aviv tersebut. Tidak berperikemanusiaan! : KitaReporters
Maka, sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur dan berterima kasih terhadap kerajaan kita yang memelihara kebajikan rakyatnya yang tidak berbelah bagi atau 'lokek'.
Insfrastruktur perubatan yang lengkap, kakitangan kumpulan medik yang mencukupi, bantuan kerajaan menelan hampir 250 billion diberikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyatnya membuktikan kerajaan kita masih berkebajikan.
Posting yang dimuat naik MyAqsa
Seperti sebahagian negara luar yang bertindak acuh tidak acuh dengan kebajikan dan tahap perubatan rakyatnya, kesan wabak COVID-19 akan meningkatkan tahap kematian yang tinggi dan kos sara yang semakin bercelaru.
Di Israel, kekejaman regim Zionis dengan menutup klinik saringan COVID-19 Palestin di Baitulmaqdis adalah sesuatu yang tidak memiliki hati perut dan biadab.
Seperti yang kita maklum hubungan antara negara penjajah Israel dan Palestin hampir terlarutan hasil bermacam-macam siri kekejaman dan penganiayaan dilakukan oleh regim kuku besi itu.
Memetik satu posting yang dimuat naik oleh MyAqsa (https://www.facebook.com/MyAqsaFoundation/), NGO itu melaporkan polis Israel menyerbu sebuah klinik ujian saringan koronavirus di daerah Silwan, Baitulmaqdis Timur dan menahan penganjurnya.
Polis Israel menangkap sebilangan penduduk Palestin yang ingkar
Tindakan provokatif dan tiada perikemanusiaan itu dibuat atas alasan klinik berkenaan dikendalikan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Klinik tersebut yang beroperasi di dewan sebuah masjid tempatan digunakan untuk menyaring penyakit COVID-19 bagi penduduk Palestin di daerah tersebut.
"Rejim zionis Israel telah melarang sebarang bentuk aktiviti oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) di kawasan Baitulmaqdis, maka merekalah sepatutnya menyaring kesemua penduduk di kawasan tersebut termasuk rakyat Palestin.
"Tapi mereka memilih untuk tidak melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas penduduk Palestin.
"Apabila penduduk Palestin sendiri bertindak menubuhkan klinik untuk menyaring kes koronavirus, rejim Zionis Israel telah menyerbu dan menyerang klinik tersebut serta menahan petugas perubatan dan aktivis yang terlibat.
"Ini merupakan satu tindakan aparteid yang sangat kejam dan zalim", tulisnya.
Terdahulu, bekas Ketua Rabbi regim itu, Eliyahu Bakshi-Doron telah disahkan mati akibat jangkitan COVID-19 yang melanda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada 13 April 2020, bekas ketua Rabbi meninggal dunia disebabkan komplikasi radang paru-paru akibat COVID-19.
Bekas Ketua Rabbi Israel, Eliyahu Bakshi-Doron yang meninggal akibat radang paru-paru disebabkan COVID-19
Kredit foto: FB @Aman-Palestin
"Ini adalah kes kematian berprofil tinggi yang pertama di Israel akibat pandemik COVID-19", katanya.
Setakat Rabu, 15 April 2020, direkodkan kes COVID-19 telah meningkat kepada 12,591 dan 140 kematian di negara haram Israel yang mempunyai jumlah penduduk 9 juta orang itu. - KitaReporters
Salah seorang Rabbi Israel disyaki menghidapi COVID-19