MALAM kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) TV3 pada semalam Sabtu, 18 Disember 2021 benar-benar jadi drama sangat apabila siaran langsungnya di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur terpaksa dihentikan siaran berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Menurut pihak pengurusan Media Prima, penangguhan ini terpaksa dibuat kerana berlaku bencana banjir di lokasi anugerah itu diadakan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama



"Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf di atas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021.

"Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda World Trade Centre (WTC) KL tempat anugerah ini berlangsung,” kata TV3 menerusi satu kenyataan media yang disiar dalam laman Instagram DramaSangat dan TV3 Malaysia.


Liza Abdullah menerima anugerah Pelakon Antagonis Terbaik. - Kredit foto: IG Drama Sangat

Semua artis dan kru produksi diminta meninggalkan WTC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Hanya sembilan anugerah sempat diserahkan kepada pemenang dan masih berbaki lima anugerah iaitu ‘Drama Popular’, ‘Pengarah Terbaik’, ‘Drama Terbaik’, ‘Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik dan  ‘Drama Terbaik’ belum diserah.Penyampaian anugerah lain akan diumumkan dalam rancangan Melodi pada hari ini (Ahad, 19 Disember 2021) mulai jam 12 tengah hari.


/

Zul Ariffin menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik

Siaran langsung itu dihenti selepas penyampaian Anugerah Khas Drama Mandarin Terbaik kira-kira jam 11 malam iaitu setelah lebih separuh majlis penyampaian berlangung. 

Penonton di rumah terkejut apabila siaran langsung itu dihenti dan diganti dengan ulangan siaran ‘The Sherry Show’.

ADS yang pertama kali diadakan bagi memberi penghargaan kepada penglibat bidang drama TV tempatan. Rancangan anugerah ini dihoskan oleh Nabila Huda dan Ain Edruce.

Antara anugerah yang dapat disampaikan ialah ‘Pelakon Antagonis Terbaik (Liza Abdullah/ 7 Hari Mencintaiku),  ‘Penulis Skrip Terbaik’ (Janjira &PGRs Team/ Budak Tebing), ‘Drama Novel Adaptasi Terbaik (7 Hari Mencintaiku) dan ‘Babak Tular Drama Terbaik’ (Kampung People 2/KL Motion Picture).

‘Pasangan Serasi Terbaik’ (Shukri Yahya, Siti Saleha/7 Hari Mencintaiku, ‘OST Terbaik’ (Mimpi/ Haqiem Rusli), ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ (Zul Ariffin), ‘Pelakon Wanita Terbaik’ (Janna Nick) dan ‘Drama Mandarin Terbaik’ (Bonus Vacation/Sky Picture).

Antara artis yang sempat mengadakan persembahan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Bunga, Misha Omar, Hael Husaini,  Ariff Bahran dan Sarah Suhairi. - KitaReporters


9
12
0
15
0

Copy Link: