Sebahagian nelayan yang menerima Lesen Sampan Khas (LSK) hadir pada majlis penyerahan lesen pada 22 April 2021.


HASRAT nelayan di Terengganu yang memiliki sampan untuk mendapatkan Lesen Sampan Khas (LSK) ketika mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut akhirnya menjadi kenyataan apabila permohonan mereka diluluskan oleh pihak berkuasa.

Daripada 800 permohonan yang dikemukakan sebanyak 600 lesen telah diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan Setiu dan Besut menjadi daerah pertama menerimanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr. Azman Ibrahim berkata, Terengganu menjadi negeri pertama yang menerima kelulusan lesen dengan jumlah sebanyak itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nelayan

Dr Azman Ibrahim (empat dari kanan) bergambar bersama penerima lesen khas selepas majlis penyerahan di Kampung Benting Lintang,Besut pada 22 April 2021. - Kredit foto: Facebook Dr Azman


Katanya, Terengganu juga menjadi negeri pertama mengangkat permohonan lesen bagi rakyat malah menjadi perintis ke arah penyelesaian isu lesen nelayan sampan bagi seluruh negara yang berjumlah puluhan ribu. "Ini kerana, ekoran permohonan ini pihak kementerian dan Jabatan Perikanan Malaysia telah membuka kembali permohonan dari seluruh negara sejak ia dibekukan pada tahun 1982," katanya pada majlis penyerahan buku lesen sampan khas kepada nelayan daerah Besut dan Setiu pada 22 April 2021. 

Beliau berkata, menerusi fasa pertama tersebut seramai 53 nelayan sampan dari Daerah Besut dan 31 nelayan dari Setiu menerima lesen bagi sesi agihan pertama oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) pada 22 April 2021.

Dr. Azman berkata, baki 200 permohonan lagi yang dipohon nelayan yang memohon dengan Jabatan Perikanan Malaysia akan diselesai pada fasa kedua.

"Mungkin ada beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan dan kita yakin akan dapat diselesaikan," katanya.


Dr Azman meneliti rekod buku lesen nelayan seorang nelayan di Kampung Benting Lintang,Besut


Beliau berkata, dengan adanya kemudahan lesen tersebut maka dapatlah nelayan menikmati beberapa kemudahan daripada kerajaan dan mereka dapat turun dengan tenang ke laut serta tidak dinafikan darpada dapat elaun sara hidup nelayan, bantuan bencana dan sebagainya.

“Adalah diharapkan dengan usaha tersebut sektor perikanan akan berkembang dan hasil tangkapan yang didaratkan akan dapat direkodkan,” katanya. 

Sebelum ini, katanya, memang ada ikan didaratkan nelayan sampan tetapi banyak yang tidak direkodkan kerana mereka tidak mempunyai lesen. 

"Tujuan asal direkodkan supaya mereka dapat subsidi minyak. Tetapi apabila mereka tiada lesen maka mereka tidak layak dapat subsidi minyak," katanya. - KitaReporters


Dr Azman meninjau sebuah sampan milik nelayan yang sudah mempunyai lesen khas

1
0
0
0
0

Copy Link: