Mohon MBSJ tolong turap jalan berlubang! Kemalangan penunggang motosikal luka nampak tulang!
Published byPenghantar makanan Foodpanda yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki diberikan rawatan sementara sebelum dibawa ke klinik berhampiran setelah terlibat edalam kemalangan berpunca daripada jalan berlubang berhampiran Tesco Bukit Puchong, Puchong, Selangor. - Kredit foto: FB Pengguna Utama Jalan Bukit Puchong.
PENGGUNA jalan berhampiran pusat beli belah Tesco Bukit Puchong, Puchong, Selangor diminta berhati-hati kerana ada lubang di kawasan jalan berkenaan yang boleh membahayakan khususnya penunggang motosikal, lebih-lebih dalam keadaan cuaca yang sering hujan setiap hari sekarang.
Pengguna melalui jalan berkenaan perlu berhati-hati dan memperlahan kenderaan untuk mengelakkan suatu kemalangan yang boleh menimbulkan risiko patah tangan, kaki atau mengalami luka teruk sekalipun mungkin tidak membawa maut.
Ini berikutan satu kemalangan melibatkan seorang penghantar makanan Foodpanda terlibat kemalangan berpunca dari lubang tersebut, sekalipun kecederaan yang dialaminya tidaklah sampai patah kaki atau tangan tetapi luka bahagian kaki yang dialami sampai nampak tulang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kawasan Puchong
Beginilah bahagian jalan yang berlubang di jalan berhampiran pusat beli belah Tesco Bukit Puchong, Puchong, Selangor.
Kejadian ini berlaku pada Rabu 21 April 2021 dalam keadaan cuaca cerah dan panas semasa dia bertugas untuk menghantar pesanan kepada seorang pelanggan di kawasan berkenaan.
Beliau bagaimanapun dibantu oleh rakan-rakan sekerja untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran disebabkan luka yang dialami pada kaki nampak teruk hingga menampakkan bahagian tulang.
Begitulah nasib yang dialami penghantar makanan terpaksa menempuh ujian dalam mencari rezeki halal, sekalipun mungkin terpaksa nyaris menjadi korban.
Mereka mencari rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan berikutan kemalangan dialami pemuda yang menjadi mangsa itu kemungkinan tidak dapat meneruskan kerja untuk sementara waktu kerana terpaksa berehat sebulan. Manalah nak cari duit beli juadah berbuka puasa dan persiapan hari raya.
Sekalipun hanya luka yang dialami penghantar makanan Food Panda tetapi nampak sampai kebahagian tulang.
Dalam konteks ini, para pengguna jalan berkenaan meminta pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil perhatian segera dengan menurap jalan yang berlubang itu bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku.
"Kami mohon pihak MBSJ tolonglah menurap segera lubang yang ada di jalan berkenaan bagi menjamin orang ramai yang menggunakan jalan tersebut sentiasa selamat dan selesa," ujar beberapa pengguna dan penduduk setempat di tempat kejadian terutama mereka yang sering berulang alik ke Tesco untuk membeli belah.
Dalam isu ini, bukan tujuan menyalahkan pihak MBSJ tetapi mungkin terlepas pandang disebabkan tidak ada aduan sama ada oleh pihak orang ramai atau mereka yang sepatutnya menyampaikan ke pengetahuan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
Dalam pada itu, Persatuan Penduduk atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam komuniti di kawasan berhampiran boleh mengambil inisiatif menurap lubang berkenaan terlebih dahulu sebelum pihak MBSJ meyelesaikannya dengan lebih baik dan kemas.
Kerjasama semua pihak termasuk pengguna yang melalui jalan tersebut dalam mengatasi masalah ini secara tidak langsung boleh diselesaikan perkara berbangkit melibatkan masayarakat dan orang ramai. - KitaReporters
Dalam keadaan kesakitan penghantar makanan tersebut terpaksa dibantu rakan-rakan sekerjanya sebelum dihantar menerima rawatan di klinik berhampiran.
Selain itu pengguna di jalan Bukit Puchong berhampiran pusat membeli belah TESCO di Puchong, Selangor perlu berhati-hati dengan keadaan jalan yang berlubang itu (kiri) bagi mengelakkan berlakunya kemalangan tidak di ingini (kanan).