LAGU ‘Aku Bidadari Syurgamu’ (ABS) dendangan Dato Seri Siti Nurhaliza yang dilancar dalam YouTube pada 2 Julai 2020 kini telah mencecah tontonan sebanyak lebih 7.3 juta kali sehingga 5 petang, Khamis 3 September 2020. Tok Ti dalam postingnya dalam Instagramnya @CTDK semalam, Rabu 2 September 2020, mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat. : KitaReporters


Terima kasih Tok Ti dalam Instagramnya.


Lagi cerita-cerita berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza


Sementara itu, Ippo Hafiz yang merupakan pencipta lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ mahu melihat suatu masa nanti Tok Ti menyampaikan lagu itu dengan susunan muzik orkestra yang besar.

Tontonan lebih 7.3 juta penonton dalam YouTube selepas sebulan dilancar satu pencapaian baru dalam industri muzik tempatan.


Bagi Ippo, dia tahu ia hanya mimpi, tetapi dengan doa semua, ia tidak mustahil dengan izin Tuhan.

‘Aku Bidadari Syurgamu’ adalah lagu latar atau runut bunyi (soundtrack) bagi drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ di TV3. Ia merupakan lagu pertama ciptaan Ippo Hafiz untuk Tok Ti dan berterima kasih kerana lagu itu dipilih sebagai lagu utama dalam album terbaru Tok Ti, ‘ManifestaSITI2020’.

Bagi Ippo dia sudah menghantar demo lagu kepada Tok Ti sejak 10 tahun lalu tetapi tidak pernah diterima dan akhirnya Tok Ti menerima lagu 'Aku Bidadari Syurgamu'.


Pencapaian lebih 7 juta tontonan bagi lagu tersebut dalam tempoh sebulan dilancarkan adalah satu sejarah dalam perkembangan muzik tanah air.

Sementara itu, lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian Tok Ti  itu berjaya memecah rekod RIMChart (Carta RIM) sebagai lagu domestik yang berjaya mendapat tempat ke-3 dalam carta Top 20 setanding bersama lagu-lagu International.

Tok Ti dalam Instagramnya, menunjukkan RIMChart Top 20 Domestic Week 34 (14/08/20 - 20/08/20).

Pencapaian lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' dalam RIMChart


Menurut Tok Ti, ini adalah rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh sebuah lagu domestik di dalam RIMChart.  Kali terakhir pernah dicapai oleh kumpulan Insomniacks di tangga ke-5 pada tahun 2019.

Berikut ialah tulisan penuh Tok Ti dalam Instagramnya:

"Kita tak pernah tahu, apa yang akan berlaku di hadapan, Sewaktu kita melintasi detiknya, kita sedar, itulah sebahagian daripada cita-cita serta doa kita.

"Lalu dipermudahkan, dalam masa yang tidak kita jangkakan. Jalan ke 25 tahun di dalam industri, ini sesuatu yang saya rasa bagai mimpi. Saya tidak bermula dengan era internet, teknologi dan digital pada awal dulu, seiring masa berjalan, saya tidak mahu ketinggalan.

"Seiring masa berjalan, peminat-peminat saya masih setia beriringan. Terima kasih semua. 7 juta tontonan #akubidadarisyurgamu di youtube.Terus strim ya!😍"

Ippo Hafiz pula dalam balasannya kepada tulisan Tok Ti mencatatkan:

“Saya hari hari dengar @ctdk ❤️. Saya masih berharap jika di suatu hari nanti dapat lihat tokti beraksi dengan lagu ini dengan susunan Orchestra yang besar✨. Saya tahu ianya mimpi, tapi dengan doa semua🌸, Ianya tidak mustahil dengan izin Tuhan🤲🏻.” - KitaReporters

9
1
0
0
1

Copy Link: