KIRA-KIRA seminggu lagi rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Bagaimanapun, tiada sebarang majlis perbarisan sempena sambutan itu kerana negara masih belum bebas daripada ancaman wabak pandemik COVID-19. Bagaimana kita mahu menzahirkan rasa cinta kepada negara kita perbarisan keramat itu tiada kali ini.: Kita Reporters

Lagu Jalur Gemilang. - Kredit foto: Yayasan Pahang


Lagi cerita-cerita berkaitan Hari Kemerdekaan:

https://kitareporters.com/search?search=hari+kemerdekaan


Tiada sambutan dan perhimpunan besar-besaran untuk tahun ini. Ancaman COVID-19 masih belum berakhir. 

Semua perlu bersatu. Kita Jaga Kita! 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertahanan, sudah menyatakan bahawa sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal mencatatkan kelainan selepas kerajaan menetapkan larangan terhadap sebarang aktiviti perhimpunan bagi mengawal penularan COVID-19. Bagaimanapun, ini bukan bermakna kita tidak menyambutnya. Masih dibolehkan kalau kena dengan gayanya.

Caranya, sama sahaja seperti di tahun-tahun sebelumnya. Setiap rumah disarankan memasang Jalur Gemilang! Satu pun sudah memadai!

Seorang penduduk  membawa Jalur Gemilang untuk dipasang dipersekitaran kawasan perumahan Taman Seri Belat


Kredit foto-foto: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=981747185621018&id=100013572363253


Tiru macam kami!
 

Inisiatif diambil oleh Persatuan Penduduk Taman Seri Belat (Rumah Murah) di KM 6, Jalan Gambang, Kuantan wajar dipuji kerana bersama berganding bahu memasang Jalur Gemilang di kawasan perumahan itu.

Pengerusinya, Mat Darus Mahusin berkata, sebanyak 120 bendera berharga RM1,000 dipasang di persekitaran taman perumahan itu.

"Selain dapat menceriakan persekitaran, pemasangan Jalur Gemilang ini juga dapat membuktikan semangat patriotik dalam kalangan penduduk di sini. Kami juga menggalakkan penduduk memasang Jalur Gemilang sebagai langkah menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini." katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApps.

Penduduk bekerjasama memasang Jalur Gemilang di kawasan perumahan Taman Seri Belat (Rumah Murah) sebagai persiapan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020.




Mat Darus berkata, seramai 30 penduduk taman terbabit dalam gotong royong tersebut, bermula dari pembelian bendera sehingga dipasang di persekitaran yang sesuai.

"Sebenarnya, pemasangan bendera ini adalah aktiviti tahunan kami sejak beberapa tahun yang lalu. Kami pernah memasang Jalur Gemilang secara percuma di setiap rumah di sini dan diterima baik semua penduduk. Ini bukan soal menunjuk atau riak sebaliknya bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan," katanya.


Mat Darus Mahusin membawa Jalur Gemilang untuk dipasang di persekitaran kawasan perumahan Taman Seri Belat, dekat Kuantan.


Maka, ayuhlah bersama kita kibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan dan terus menjadi warga yang setia kepada bangsa, agama dan negara. 

Tanamkan sifat cintakan negara selagi hayat dikandung badan!! : KitaReporters

6
1
0
0
0

Copy Link: