Video| Alamak! Hakim dibaling selipar! Keluarga mangsa tak puas hati! Hukuman terhadap pesalah!
Published byKELUARGA mangsa kekerasan bertindak membaling selipar kepada hakim akibat tidak berpuas hati dengan hakim tersebut di Pengadilan (Mahkamah) Maumere, Sikka di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas seorang pesalah dalam kes jenayah.
Keluarga terbabit bertindak sedemikian selepas kecewa ketika hakim membaca keputusan kes berkenaan.
Pesalah iaitu Dayen Lukman hanya dikenakan hukuman penjara sembilan bulan sedangkan mangsa yang merupakan seorang remaja mengalami kecacatan seumur hidup.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perbicaraan mahkamah
Keluarga mangsa begitu kesal dengan keputusan hakim berkenaan yang hanya menjatuhkan hukuman penjara dalam tempoh terlalu singkat yang tidak setimpal dengan kesalahan melakukan kekerasan oleh pesalah kepada mangsa.
Portal Kompas.TV pada 5 Julai 2022 lalu dipetik melaporkan bahawa akibat tidak boleh terima dengan keputusan tersebut, salah seorang daripada ahli keluarga mangsa bertindak membaling selipar ke arah hakim itu.
Suasana mahkamah itu menjadi kecoh dan dalam masa yang sama, keluarga mangsa berusaha mengejar hakim dan pendakwa di ruang mahkamah tersebut.
Namun, anggota polis berjaya mengawal kekecohan yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa yang terlalu marah dengan keputusan hakim dan pendakwa yang mengendalikan kes tersebut, yang disifatkan sebagai tidak adil.
‘’Mereka mahu hakim berkenaan mengkaji semula keputusannya dan menghukum pesalah dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan pesalah yang membuat mangsa hidup menderita sepanjang hayat akibat kecacatannya,’’ lapor Kompas.TV.
Sementara itu, ibu mangsa, Yosefin Marieta ketika ditemui wartawan berkata, keluarganya sangat kecewa dengan keputusan hakim terbabit yang hanya menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap pesalah.
‘’Saya berpendapat paling kurang, pesalah terbabit dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana mencederakan kaki kanan anak saya akan mengalami kecacatan seumur hidup.
‘’Dalam hal ini, saya meminta jasa baik hakim berkenaan mengkaji semula keputusan yang diputuskan itu biarlah sepadan dengan kecacatan anak saya,’’ katanya. - KitaReporters