Stadium Shah Alam home untuk Kelantan FC? Bos Zamburger sedia pajak! Nak bantu selesaikan masalah!
Published byStadium Shah Alam. - Kredit foto: defm.com.my
Hari ini, 29 Jun 2022 kecoh dalam media sosial apabila artikel terbitan Utusan Online menyiarkan bahawa Stadium Shah Alam (SHA), Shah Alam bakal dirobohkan dan akan dibina semula namun dalam kapasiti yang sederhana dan boleh memuatkan sekitar 40,000 hingga 50,000 penonton sahaja dalam satu-satu masa.
Berita ini secara tidak langsung telah mendapat pelbagai kritikan serta pandangan daripada orang ramai yang anggap bahawa SHA itu mempunyai sejarah tersendiri selain ia boleh memuatkan ramai penonton iaitu lebih 80,000 penonton.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stadium
Kredit foto: semuanyabola.com
Isu ini timbul kerana masalah daripada penjagaan yang memerlukan banyak modal agar stadium ini sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Sehubungan itu, pemilik kelab bola sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan jolokan Bos Zamburger juga telah membuat naik status dalam media sosial miliknya bahawa lebih baik pajakan saja ke kelab Kelantan FC dan beliau boleh bantu selesaikan masalah yang dihadapi pihak pengurusan stadium.
Persoalannya adakah selepas 28 tahun SHA akan dirobohkan dan akan dibangunkan stadium baharu? Atau Bos Zamburger boleh jadikan SHA seperti dahulu kembali?
SHA sentiasa menjadi gelanggang penting terutama perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Malahan ketika 2007, ketika Malaysia menjadi tuan rumah Piala Asia, SHA adalah gelanggang pasukan Harimau Malaya.
Kali terakhir SHA menjadi tuan rumah untuk acara terbesar adalah Sukan SEA pada tahun 2017 dan Malaysia bermain di perlawanan akhir menentang Thailand.
Malah SHA juga menjadi gelanggang perlawanan antarabangsa kerana ia menepati syarat yang ditetapkan namun agak sayang apabila stadium yang gah sebelum ini tiba-tiba menjadi sunyi sepi dan terbiar begitu sahaja dek kerana tidak dijaga dengan baik.
Bumbung Stadium Shah Alam yang sudah banyak rosak dan tidak berganti sejak 24 tahun lalu. - Kredit foto: defm.com.my
SHA juga merupakan 'home ground' untuk skuad Red Giant selangor dan boleh katakan ini adalah stadium mereka tapi ketika ini mereka terpaksa mengemis mencari stadium dan berkongsi Stadium MBSJ bersama Petaling Jaya City.
Sebagai peminat bola sepak, sudah pasti kita ingin melihat yang terbaik kerana ia boleh menjadi stadium kedua untuk Harimau Malaya selain Stadium Nasional Bukit Jalil. - KitaReporters
Stadium Shah Alam merupakan 'home ground' untuk skuad Red Giant Selangor. - Kredit foto: goal.com