Video| Maraton PRU15! Demi tanggungjawab, tetap undi walaupun last minutes! Syabas rakyat Malaysia!

Published by
KitaReporters


PILIHAN RAYA Umum ke-15 (PRU15) telahpun diadakan 19 November 2022 dan sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita keluar mengundi bagi laksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

Media sosial seperti TikTok terus dibanjiri gambar serta video pengalaman, suasana serta ragam pengundi di pusat mengundi termasuklah gelagat mereka yang tiba pada saat-saat akhir untuk mengundi sebelum berakhir jam 6 petang.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piihan Raya Umum Ke (PRU15)


Menerusi perkongsian TikTok @ajaesam77, seorang wanita yang menjadi pengundi terakhir di pusat mengundi di Dewan MPPJ SS 5A berlari-lari anak selepas tiba jam 5.59 petang. Satu minit sebelum masa mengundi tamat!

Para petugas sambil menunjukkan arah perlu dituju begitu ‘sporting’ memberi sokongan dan semangat kepada pengundi tersebut.

Kejadian semalam, pada jam 5.59 petang sebelum kami hendak tutup pagar, pengundi terakhir ni sampai betul-betul depan pagar. Katanya hendak mengundi, kelam-kabut dibuatnya, berlari nak mengundi,” tulisnya yang memuat naik video pada 20 November 2022.


 


Perkongsian dalam TikTok @kienna_.kinot pula memaparkan video seorang lelaki juga berlari setelah tiba di pusat mengundi jam 5.58 petang.

“Walaupun lewat, tetap semangat nak g mengundi ya bang, 5.58 petang baru datang berlari-lari.

“Urusetia semua sorak suruh lari cepat-cepat macam marathon. Nasiblah urusetia ‘function’,” tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji semangat pengundi berkenaan yang tetap bersemangat laksanakan tanggungjawab walaupun lewat. Setiap satu undi adalah bernilai!




Menerusi TikTok @hunyofferaa pula, seorang lelaki ‘maraton’ sebaik tiba di pusat mengundi sambil melambai-lambai ke arah adik-beradik yang setia menunggu bagi memberi sorakan dan sokongan. 

“Bila bas ‘delay’, lagi 10 minit nak pukul 6. Adik-beradik semua tunggu nak bagi semangat dan tepukan,” tulisnya.

Untuk info, PRU15 melibatkan lebih 21 juta jumlah pengundi. Rakyat Malaysia memilih! - KitaReporters





14
19
0
13
0

Copy Link: