Video| Mereka pembawa rezeki! Peniaga tak ambil bayaran jualan makanan! Daripada pelanggan istimewa!
Published bySIFAT peniaga makanan yang pemurah dengan tidak mengambil sebarang bayaran daripada pelanggan ‘istimewanya’ golongan orang kurang upaya (OKU) yang selalu datang ke gerai jualannya meraih pujian orang ramai.
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna media sosial yang bernama @warunglentera, memaparkan gelagat dua pelanggan comel dan menyenangkan hati itu menghulurkan duit bayaran RM1 namun tidak diambil sebagai sedekah dari peniaga itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan golongan OKU
“Pelanggan tetap saya hari-hari datang. Setiap kali dia datang akan minta dua isi ketam tanpa kuah, selalu dia bagi RM1 untuk ambil makanan itu, tetapi saya tidak terima,” jelasnya dalam laman aplikasi TikTok.
Rata-rata pengguna media sosial amat terhibur dengan gelagat dua insan istimewa itu serta memuji kebaikan peniaga dengan mendoakan sentiasa dimurahkan rezeki dalam perniagaan. - KitaReporters
“Dalam kita tidak tahu, orang seperti ini yang akan membawa rezeki kepada kita, insyallah, ameen,” kata @LiyanaZainal.
“Comel sahaja melihat dua ahli syurga ini,” tulis @LowKey.
“Saya kakak kepada Mohamad Syukri, abang yng duduk di belakang itu. Hari ini merupakan hari jadi beliau, doakan mereka sentiasa dilindungi,” kongsi @AisyahAmmar. - KitaReporters