Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang gadis Melayu dibantu oleh wanita India untuk memakai baju pakaian tradisional India iaitu sari.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @diyana.azmi, kelihatan beberapa orang wanita India membantu gadis terbabit memakai sari di pekarangan stesen LRT sebelum menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 pada 31 Ogos 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pakaian-pakaian


“Ini kali pertama saya memakai sari selepas lihat video tutorial dari YouTube.

“Kemudian wanita India ini tegur dan katakan saya kelihatan cantik memakai sari serta menawarkan untuk membetulkan cara pemakaian sari ini,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terharu dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan menerusi video berkenaan.



“Suka tengok kalau negara kita hari-hari seperti ini,” ujar @Eliy.

“Tersentuhnya. Anak saya di Hari Malaysia nanti kena pakai sari ke sekolah. Harap- harap elokla jadinya,” jelas @JueMuda.

“Mesti bergenang air mata kalau tengok bangsa lain saling bantu-memmbantu,” tulis @ParkKyungsoo. - KitaReporters


11
19
0
7
0

Copy Link: