Video| Cinta baharu berputik! BCL pilih Tiko demi kebahagiaan seterusnya! Ashraf abadi dalam ingatan!

Published by
KitaReporters


Bunga Cinta Lestari (BCL) dan Ashraf Sinclair pernah dianggap pasangan paling bahagia dalam kalangan insan seni di Indonesia.

Kerana cinta yang mendalam membuat Asraf meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Jakarta untuk meneruskan kerjaya dan menjalin percintaan dengan BCL yang merupakan penyanyi popular ketika itu.

Mereka berkahwin pada 8 November 2008 dan hubungan mesra sebagai suami isteri dan mempunyai cahaya mata Noah Aidan Sinclair, kini 12 tahun.

Namun perkahwinan mereka ternoktah apabila Ashraf dipanggil Ilahi pada 18 Februari 2020. 

Kerana cinta mendalam terhadap Ashraf, BCL membeli tapak perkuburan sebelah kubur Ashraf untuk dirinya di San Diego Memorial Park. Jawa Barat. Kerawang, Jawa Barat iaitu pemakaman mewah atas bukit bertaraf 5 bintang.


Namun sebagai wanita muda yang belum melewati usia 40-an membuat BCL rasa kesunyian dalam hidup bersendirian walaupun sibuk meneruskan kegiatan seni. 

Sebagai janda jelita, beberapa lelaki cuba memikatnya. Namun hatinya terbuka untuk menerima Tiko Pradipta Aryawardhana, 43, sebagai cinta baharunya ketika BCL berusia 40 tahun. 

Kedua-duanya mula rapat ketika BCL meraikan hari ulang tahun ke-40-nya pada Mac 2023. Hubungan kedua-dua semakin rapat dan Tiko, seorang usahawan bidang kewangan melamar.



Walaupun rasa cintanya terhadap Ashraf masih mendalam, namun setelah berbincang dengan anaknya dan anggota keluarga, BCL

akhirnya menerima lamaran Tiko yang merupakan duda tiga anak sejak 2021. Dan secara kebetulan BCL membeli kediaman di Bali yang bersebelahan dengan rumah rumah bapa Tiko.


/


Perkahwinan kedua bagi BCL dan Tiko berlangsung secara besar-besaran walaupun majlis tertutup itu hanya dihadiri sekitar 100 tetamu kedua-dua pihak. 

Majlis pernikahan berlangsung di sebuah resort mewah Amantilo di Bali dengan berlangsung di tempat terbuka menghadap laut. Bagi memastikan ia adalah majlis tertutup berjalan lancar resort itu ditutup kepada orang ramai.

Sebaliknya ratusan bilik resort itu ditempah oleh pasangan pengantin itu untuk dikosong atau dihuni oleh tetamu mereka.


Beberapa artis yang rapat dengan BCL turut menghadiri majlis itu. Antaranya ialah Luna Maya, Maia Estianty, Ashanti, Rossa dan Ariel Noah. BCL juga tidak melupakan bekas mertua dan adik beradik Asraf.

Kenderaan BCL ke majlis akad nikahdiberi kawalan rapi dan hanya petugas media tertentu diberi kebenaran memmbuat liputan.


Pasangan pengantin dilihat memohon restu daripada kedua-dua ibu dan bapa Allahyarham Ashraf iaitu Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman. Turut kelihatan adik Ashraf, Aishah Sinclair serta beberapa anggota keluarga dari Kuala Lumpur.

Secara kebetulan detik pernikahan BCL-Tiko hanya berbeza beberapa jam dengan pemakaman pelakon veteran Kiki Fatmala, 56, yang dikebumi di taman pemakaman sama dengan Ashraf Sinclair. - KitaReporters

22
14
0
10
0

Copy Link: