Pengakap Tangkak berhimpun! Ada permainan silang budaya! Sempena Hari Keamanan Sedunia, 21 Sept!
Published byPersekutuan Pengakap Malaysia daerah Tangkak, Johor telah mengadakan program Perhimpunan Keamanan bersempena dengan Hari Keamanan Sedunia yang disambut pada 21 September 2022 setiap tahun.
Majlis berlangsung di Sekolah Menengah Agama (SMA) Lughatul Quran, Sungai Mati, Muar, Johor pada Sabtu, 17 September 2022 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspek keamanan
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti permainan silang kata keamanan, permainan silang budaya seperti capteh (sepak bulu ayam) di mana corak permainannya seperti sepak dan menimbang bola takraw; kancha iaitu permainan tradisi India dan batu seremban atau juga dikenali selambut terutama di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Selain itu, acara tarian keamanan turut dipersembahkan sebagai satu platform memberikan mesej kepada masyarakat dunia amnya tentang betapa pentingnya kita semua hidup dalam keadaan harmoni dan aman.
ISYARAT AMAN ditunjukkan oleh ahli-ahli pengangkap SMK Bukit Gambir, Tangkak, Johor yang mengambil bahagian dalam aktiviti perhimpunan keamanan di Muar Johor. - Kredit foto: FB SMK Bukit Gambir Tangkak, Johor.
Dalam suasana yang aman tanpa sebarang konflik, dunia bebas melakukan apa jua aktiviti-aktiviti kehidupan manusia berbanding sebuah negara yang dilanda peperangan dan sebagainya.
Justeru masyarakat antarabangsa terutama para pemimpin negara harus memainkan peranan untuk mengekalkan keamanan serta kehidupan harmoni merentas benua dan negara.
Pihak penganjur turut berterima kasih kepada krew Pengakap Kelana Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Tangkak, Johor atas komitment mereka bagi menjayakan program tersebut. - KitaReporters
CERIA dan tersenyum riang oleh pengangkap-pangkap perempuan daerah Tangkak, Johor, ketika mereka berhimpun beramai-ramai sempena Hari Keamanan Sedunia. - Kredit foto FB SMK Bukit Gambir Tangkak, Johor.
Sumber:
FB SMK
Bukit Gambir Tangkak, Johor.