Maghi Balik Ngundi Keluarga Malaysia! Terengganu sedia bas percuma untuk perantau balik mengundi!
Published byRAKYAT Terengganu yang tinggal di perantuan dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan untuk pulang mengundi di kampung masing-masing tidak perlu bimbang kerana mereka akan disediakan dengan perkhidmatan bas percuma.
Kerajaan Negeri mempermudah urusan rakyat dengan memberi peluang kepada pengundi untuk menyuburkan demokrasi dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15) kali ini.
Bagi menghargai keprihatinan rakyat Terengganu di perantauan, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengadakan program Kempen 'Maghi Balik Ngundi'.
Program yang cukup bermakna buat para perantau ini pastinya akan meringankan beban pulang mengundi pada 19 November 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mengundi dan hari mengundi
Wan Sukairi Wan Abdullah ketika mengadakan sidang media mengenai kempen Mari Balik Mengundi
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen ‘Maghi Balik Ngundi’.
Katanya, tujuan utama adalah untuk menerapkan kesedaran tanggungjawab mengundi dalam kalangan rakyat khususnya belia dan mahasiswa.
"Selain itu kita juga mahu meringankan beban rakyat Terengganu di perantauan untuk pulang sempena dengan PRU15 ini," katanya.
Wan Sukairi
Menurut Wan Sukairi, kempen 'Maghi Balik Ngundi' itu akan dijalankan di setiap DUN dan Parlimen.
Beliau berkata, mereka akan mengadakan promosi berkenaan dengan kempen ini termasuk NGO perantau dalam menguruskan proses pulang dari seluruh negara.
“Kemudian, sekretariat ini akan menyediakan pengangkutan bas yang secukupnya dengan kerjasama penuh semua agensi kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya bas-bas yang dimiliki pihak kerajaan tidak mencukupi, maka sekretariat akan menyewa bas daripada luar, insya-Allah.
Petugas parti sudah mula menggerakkan jentera memasang bendera di tempat strategik
Wan Sukairi turut menjelaskan, segala proses permohonan pulang menaiki bas sewa khas tersebut adalah terbuka buat semua golongan perantau.
"Pengangkutan dari semua lokasi luar negeri termasuklah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Segala prosedur dan permohonan akan dputuskan dalam tempoh segera sebelum memulakan kempen tersebut melalui laman rasmi mereka," katanya. - KitaReporters
Bendera parti kini memeriahkan suasana di kampung