Video| Alahai! Lelaki kena bahan dengan rakan sepejabat! Bawa bekal nasi bentuk 'love'! Baru kahwin!

Published by
KitaReporters


RAMAI antara kita memilih untuk membawa bekal sebagai salah satu inisiatif untuk menjaga kesihatan dan menjimatkan wang, ekoran ekonomi dunia semakin meleset.

Tetapi tidak semua orang mampu untuk menyediakan bekal untuk dibawa ke tempat kerja dek kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan.

Walaupun begitu video seorang suami dilihat membawa bekal yang disediakan oleh isterinya tular kerana dibahan oleh rakan-rakan sekerja kerana nasi yang dibekalkan berbentuk love (cinta).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bekal makanan


Si suami kelihatan sangat malu-malu kucing ketika rakan-rakannya melihat bekal yang dibawanya itu kerana ikhlas daripada isteri tercinta. 

Rupa-rupanya lelaki ini baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan tersipu malu kerana bekalan itu sangat comel



Rata-rata netizen terhibur apabila melihat gelagat si suami dan sangat terharu dengan tindakan suami yang tidak langsung berasa malu membawa bekal ke tempat kerja hasil air tangan isteri. - KitaReporters


9
16
0
16
0

Copy Link: