PARA peminat penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search meminta dia mengurangkan aksi ligat di pentas memandangkan usianya sudah 64 tahun dan kakinya sudah tidak kuat untuk menampung badan ketika beraksi

Ia susulan sebuah video TikTok dimuat naik oleh @rudyjerung2 yang memaparkan penyanyi Amy Search, terhentak lutut kerana terjatuh sewaktu menjayakan persembahan di Konsert Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera yang diadakan di Bera, Pahang baru-baru ini. Ia mengundang pelbagai reaksi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Amy Search

Amy tersungkur ketika melompat dari pembesar suara


Dalam video terbabit, Amy kelihatan berlari sebelum memanjat pembesar suara. Namun ketika melompat turun, dia seakan hilang imbangan diri sebelum lututnya terhentak.

Difahamkan, konsert itu berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, Pahang sempena Karnival Keluarga Malaysia.

Menerusi video tersebut, Amy dilihat menyanyikan lagu ‘Pawana’ dengan penuh semangat sambil memanjat ke atas pembesar suara.



Menerusi ruangan komen, ramai menyatakan rasa bimbang terhadap keadaan lututnya kerana hentakan berkenaan tampak agak membahayakan juga.

"Lutut dah tak kuat. Lutut dah kering tu tak berair. Jadi bahaya lompat tinggi-tinggi.

"Bahaya lompat tempat tinggi. Lutut tak kuat dah," antara komen-komen peminat berkenaan.



Apapun, kelincahannya memberikan persembahan menghiburkan turut mendapat pujian sesetengah orang. Meskipun pada usia emas, Amy masih dilihat berjiwa muda.

"Semangat masih muda."

"Biasalah, tiba-tiba mari semangat muda orang muda, oklah dia. Berumur pun masih kuat lagi," antara komen-komen pujian itu.

Apapun, rata-rata berharap Amy terus menjaga kesihatan dan berada dalam keadaan baik-baik saja selepas insiden terbabit.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman yang lahir pada 28 Julai 1958 menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk baru-baru ini. - KitaReporters


6
11
0
5
0

Copy Link: