Video| Ustazah cetuskan kekeliruan orang ramai! Isu isteri dan doktor lelaki, makan ubat tahan sakit!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan


Ustazah Siti Afifah Shahbudin (USAS) sebelum ini tidaklah begitu dikenali ramai terutama warga maya tetapi kemunculan beliau memberi ceramah agama (melalui aplikasi TikTok) mengenai topik isteri atau wanita Islam bersalin yang  disambut oleh doktor-doktor lelaki dikatakan haram menjadikannya tular.

Malah dia turut menuduh para suami sebagai ‘dayus’ jika membenarkan doktor itu (lelaki) menguruskan isteri mereka yang bersalin.

Ceramah dan kenyataan USAS tersebut juga mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang mengelirukan dan was-was mengenai hukum-hakamnya. Malahan kehadirannya dalam media sosial membuatkannya semakin dikenali dan popular. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ustazah-ustazah

Kredit foto: MStar


“Apakah ini (ceramah dalam media sosial) merupakan salah satu cara buat beliau untuk membuat ‘content’ supaya lebih popular?” soal warganet.

USAS kemudiannya (dalam ceramah kedua)  mengingatkan kepada orang ramai (peminat-peminat artis) bahawa bersalam-salaman dengan golongan artis boleh merosakkan roh dan jiwa seseorang penganut beragama Islam. 

Dia kini muncul lagi dengan memuat naik video di TikTok  miliknya (kemunculan kali ketiga) mengenai pengambilan ubat tahan sakit dan mendakwa ia haram.


Ustazah Siti Afifah Shahbudin memanfaatkan aplikasi TikTok dalam menyampaikan dakwah beliau kepada warga maya. 


Niat beliau untuk berkongsi ilmu amatlah baik , tetapi setelah mendengar video yang dikongsikan, rata-rata netizen akui cukup keliru dan kurang faham dengan inti pati ceramah tersebut.

“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian, masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni,” katanya dalam video tersebut.

“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat,” ujarnya lagi.

Menerusi video berdurasi 2.05 minit juga, ustazah itu berpendapat bahawa Allah SWT tidak akan menerima doa orang yang memasukkan benda haram ke dalam tubuh badan mereka.

Malah, pendakwah bebas itu menambah, seseorang itu akan mati dalam keadaan yang hina dan boleh dimasukkan ke dalam neraka disebabkan melanggar hukum syariat Islam.



Keratan akhbar berhubung pemgambilan ubat 'tahan sakit' adalah tidak haram demi kebaikan pesakit dan bukan untuk tujuan lain.


Reaksi netizen pula ramai meminta agar wanita berkenaan diambil tindakan segera kerana boleh menyebabkan salah faham atau keliru terhadap agama Islam.

“Boleh tak ambil tindakan? Dia ini membawa fitnah pada agama, secara tak langsung nampak macam agama Islam ini tak mudah padahal agama Islam itu mudah,” kata netizen.

Sebuah portal berita tempatan (12 November 2022), melaporkan kenyataan pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah telah dibidas oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang golongan suami ‘dayus’ jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin.

Sementara itu, penceramah motivasi, Amin Idris turut mendedahkan ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain. 

Menerusi akhbar Sinar Harian (25 November 2022) melaporkan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menyatakan pengambilan ubat tahan sakit adalah tidak haram selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada individu terbabit.

Beliau menjelaskan, ubat tahan sakit digunakan untuk tujuan perubatan selain membantu meringankan kesakitan dialami seseorang- KitaReporters 



Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/233372/berita/semasa/makan-ubat-tahan-sakit-tidak-haram-mufti-pahang

https://www.rotikaya.com/ustazah-siti-afifah-dilapor-tiada-background-pengajian-agama/

7
15
0
11
1

Copy Link: