/

@kartinimohdnoor Miss World Kebaya 2024 yang pertama bertaraf dunia Miss Ariel Peiyu Yao, 28 dari China. Dia memiliki dua ijazah Master dan ketika ini sedang menghabiskan pengajian dalam doktor falsafah bidang bisness. Pemilihan Miss World Kebaya 2024 tu acara utama sempena Karnival Kebaya Dunia yang dilancarkan pada 9 Oktober 2024. Dilancarkan secara ekseklusif di Wyndham Ion Majestic Genting Highlands dan acara malam galapun berlangsung di skyballroom di tingkat 52 hotel sama pada 29 November 2024. Ariel yang menamatkan pengajiannya master di United Kingdom dan Amerika yang jadi rumah keduanya. Englishnya perfect bukan macam Asian bertutur bahasa barat tu. Dia memiliki syarikat sendiri dan bidang komunikasi dan pemasaran yang ada hubungan rapat dengan taikon Dubai, Uk, Malaysia dan China. Kerap berulang ke tempat tu sepanjang tahun. Ariel saya panggil seperti nama puteri duyung dalam siri kartun Mermaid tu, mewarisi kecerdikan dan jelita dari ibunya seorang Muslim dan bapanya orang China bukan Muslim. Dia ikut agama bapanya. Memang dari awal dia layak jadi Miss World Kebaya 2024 melihat cara dia bawa diri ada class, nampak sangat outstanding tu. Ariel juga dipilih pemenang Miss Best Body Beautiful. Tepat matlamat Kebaya adalah pakaian orang Melaka yang diiktiraf oleh kerajaan Tanah Besar China. Ketika ni negara meraikan 50 tahun terjalinnya hubungan diplomatik Melaka- China. First Runner-up ialah Rauan Kassymova dari Kazakhstan, Second Runner-up Zainab Alkabbani dari Syaria, ketiga Siti Nur Afifah Zafirah Malaysia dan keempat Maria dari Russia. #iamkartininoor #KitaReporters ♬ I Am a Champion - Abby


Juara Miss World Kebaya 2024, Ariel Peiyu Yao (tiga dari kanan) bersama Pengarah Miss World Kebaya, Nicole Fe Lynne (tiga dari kiri).


MISS World Kebaya (Ratu Kebaya Dunia) 2024, Ariel Peiyu Yao bolehlah disifatkan sebagai "sifu" sebab berjaya melahirkan ratusan model, ushawan dan membimbing wanita menampikan personaliti anggun bergaya sehingga dapat memikat hati juri Malaysia untuk memahkotakan pertandingan Ratu Kebaya bertaraf dunia yang diadakan buat kali pertama.

Pemilik syarikat media dan akademi seni itu mempunyai 400 pelajar di China dan dia sering berulang alik antara negaranya ke Dubai, Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan United Kingdom (UK) untuk memberi ceramah dan melatih wanita yang mahu berjaya di pentas peragaan, menjadi ratu cantik dan berniaga.

Kekuatan kemahirannya ialah, dia mempunyai dua ijazah dalam bidang perniagaan dari UK dan AS dan kini sedang menghabiskan tahun terakhirnya dalam pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sebuah universiti di negara ini. 

Dan pada masa yang sama sibuk menguruskan rangkaian perniagaan dan menyertai ratu cantik termasuk pernah menjadi peserta Miss Universiti.


MISS World Kebaya (Ratu Kebaya Dunia) 2024, Ariel Peiyu Yao


Kemenangan Ariel sebagai Miss World Kebaya 2024 (MWK 2024) sempena Festival World Kebaya 2024 (WKF 2024), Malaysia Heritage Fashion Show & Associated Event anjuran Malaysian Fashion Modeling and Pageant Award International (MFMPA) dilancarkan pada 9 November 2024. 

Selama 10 hari bermula 23 November 2024 itu peserta berkampung di Shah Beach Resort di Melaka, Subang Parade, Avani Sepang Goldcoast dan berakhir di Genting Highlands pada 29 November 2024 lalu.

Ariel, 28, ditemui selepas dimahkota Miss World Kebaya, menyifatkan kemenangan yang manis dan penutup kecemerlangan tahun ni kerana saban tahun dia bawa pulang macam-macam juara acara ratu cantik untuk ibu bapa dan pelajar serta peserta bengkel, bahawa tiada yang mustahil  jika ada disiplin kerja yang teratur.

Dia gembira dijadikan 'Duta" oleh Malaysia bagi memperkenal pakaian kebaya sebagai lambang rasmi Malaysia yang secara kebetulan pula Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB) @ UNESCO telah mengiktiraf kebaya sebagai pakaian rasmi negara.


Satu penghormatan kecuali Ariel yang ibunya Islam, dia memilih agama bapanya. Zainab Alkabbani (kanan) dan Rauan Kassymova adalah wanita Islam yang dinobatkan sebagai pemenang, naib juara dan tempat ketiga Ratu Kebaya Malaysia.


Ariel anak tunggal, yang bapanya pekerja kerajaan di China dan ibunya seorang Islam dari Qujing, Yunan, berkata dia suka tinggal di negara ini kerana jatuh cinta pada makanan terutama nasi lemak dan pulut mangga yang jarang ditemui di negara yang dilawatinya.

Menariknya Ariel turut dipilih sebagai pemenang badan menawan (Best Body Beautiful Queen) kerana memiliki ciri ratu yang anggun menawan, pendidikan bertaraf PhD. 

Pemilihan itu juga tepat dengan usaha kerajaan Malaysia yang sedang meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan China pada 2024.

"Petua menjaga kecantikan, ialah jangan merokok, tidak makanan pedas, mesti tahu kawal emosi dan tiada minuman bersusu," katanya yang menyifatkan ibu bapanya mesti tersenyum dengan kemanangan itu kerana saban tahun dia bawa pulang hadiah itu.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Rauan Kassymova dari Kazakhstan; tempat ketiga, Zainab Alkabbani; manakala tempat  keempat ialah Siti Nur Affifah Zafirah dan kelima, Maria dari Rusia. 

Kemuncak pertandingan memahkotakan Miss World Kebaya berlangsung dengan meriahnya di Malam Gala di Hotel Wyndham Ion Majestic, Genting Highlands pada 29 November 2024.




Pencarian Miss World Kebaya dilancarkan pada 9 November dan daripada 15 peserta dari seluruh dunia dipilih, hanya sembilan orang ke final. 

Peserta lain termasuk Bae Hyo Kyeong, seorang pelajar dari Korea, Claudya Florenzy (Indonesia), Darya Kompaniyets (Kazakhstan), Isabella Mayom (Afrika) yang menang Miss Catwalk dan Koreografi.

Pelajar seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Rauan ditabalkan first Runner-Up adalah model dan juga pelajar bidang landskap. Dia datang ke negara ini selepas diberitahu oleh gurunya tentang keindahan seni bina dan budaya serta kehidupan harmoni negara ini.

Anak kedua daripada keluarga Islam, Rauan berkata dia berasal dari Shyrnkent, Kazakhstan dan tidak menyangka kali pertama menyertai pertandingan Miss Kebaya, dia terpilih. Tugasan Rauan ialah dia dan pemenang lain akan menggantikan tempat Miss World Kebaya untuk menyertai acara.




Zainab Alkabbani dari Syaria yang bekerja sebagai pegawai dietetik @ nutritionis pula sangat bijak bila menjawab soalan panel pemilihan yang menempatkan di tempat ketiga. 

Beliau menghabiskan pendidikannya di Brunei dan ijazah bidang sains pemakanan dari universiti negara ini sebelum bekerja dengan sebuah syarikat di Petaling Jaya. Ibu bapanya bermaustautin di Brunei dan Zainab berhasrat untuk kekal tinggal di Malaysia kerana sudah bertunang dengan lelaki tempatan. 

Manakala Siti Nur Affifah adalah bekas pramugari dan Maria pula seorang model dan pereka penggaya fesyen. - KitaReporters


17
16
0
11
0

Copy Link: