Video| Semoga Beby Acha berjaya! Lima penyanyi Malaysia bersaing dalam D'Academy Asia 6 di Indonesia!
Published byLima penyanyi Malaysia bakal bersaing dalam pertandingan D'Academy Asia (DAA) musim ke-6 di Jakarta, Indonesia mulai 20 Jun hingga 31 Ogos 2023.
Mereka terdiri daripada Beby Acha, Hazman Sanjaya, Mya Herry, Raziq Rashid dan Zul Juna. Mereka adalah antara 40 peserta mewakili 8 negara yang bertanding.
Pertandingan nyanyian dangdut ini dianjur oleh stesen TV Indosiar, Jakarta sejak 2015. Cuma pada 2020 hingga 2022, ia ditangguhkan kerana penularan pandemik Covid-19.
Bagi memberi kelainan, negara Turkiye diundang dengan turut menghantar lima peserta. Turkiye kini menjadi negara kelapan selain Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Filipina.
Lima peserta negara akan memberi saingan dalam D'Academy Asia (DAA) musim ke-6
Peserta Malaysia dipilih daripada ratusan yang menjalani uji bakat di Studio Pak Ngah pada Mac 2023 lalu.
Zul 2 By 2 dan Man Tabla akan menjadi juri dari Malaysia. Dan pelakon dan pengacara Uyaina Arshad masih diberi kepercayaan menjadi salah seorang hos.
Setiap negara mempunyai juri dan mereka menonton secara dalam talian dan memberi markah pada akhir persembahan.
Setakat ini, peserta-peserta dari Indonesia menguasai D'Academy Asia sejak musim pertama dengan memenangi tempat pertama dan kedua.
Malaysia hanya mampu menduduki tempat paling tinggi di kedudukan ketiga melalui Shihar Zikir (musim pertama), Zizi Kirana (musim kedua) dan Zam Ryzam (musim ketiga).
Sementara Filipina berjaya mendapat tempat ketiga melalui Hannah Priscillias dalam musim kempat. Bagi musim kelima, ketiga-tiga tempat dimenangi peserta dari Indonesia.
Pengalaman Beby Acha menyanyi dangdut menjadi sandaran utama untuk mendapat kedudukan baik dalam D'Academy Asia 6. Kredit foto: IG bebyacha
Bagi musim keenam ini, Indonesia tetap menghantar tiga penyanyi dangdut terbaiknya.
Soalnya mampukah Malaysia mendapat kedudukan terbaik dalam musim keenam ini.
Sandaran Malaysia banyak bergantung kepada Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari, 32.
Beby Acha merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin dan kakak kepada penyanyi Tajul Ariff. Kesemua sembilan beradiknya boleh menyanyi.
Anak Negeri Sembian ini minat dalam muzik dangdut dan sering muncul dalam pertunjukan walaupun kurang menonjol dalam media eletronik.
Telah menghasilkan beberapa ‘single’ dengan yang popular ialah lagu ‘Anje Baby’ ciptaan Harry Khalifah yang mula ditayang dalam YouTube sejak 7 September 2022 dan setakat ini telah ditonton lebih 4.5 juta kali.