Seorang warga desa mendapat pinjaman dari Koperasi Kades Yosa Novita


SEBAGAI pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak buahnya, telah mendorong seorang Kepala Desa (Kades) atau Ketua Kampung menubuh sebuah koperasi dengan wang simpanannya sejumlah Rp200 juta (kira-kira RM60,000) untuk memberi pinjaman wang tanpa faedah kepada warganya di sebuah di Majalengka, Jawa Barat, Indonesia.

Usaha kepentingan warga setempat itu dilakukan oleh Kades terbabit bernama Yosa Novita di Desa Kawunghilir, Kecamatan Cigasong untuk mengelak para penduduk memimjan wang daripada ceti atau ahlong yang dikenakan kadar faedah yang tinggi selain memastikan keselamatan peminjam yang merupakan anak-anak buahnya lebih terjamin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gerakan koperasi

Yosa Novita


Dengan bermodal wang simpanannya sejumlah Rp200 juta itu, Yosa telah mewujudkan sebuah koperasi di desanya yang diberi nama Koperasi Kades Yosa Novita demi manfaat penduduk kampung yang mengalami masalah keperluan wang.

Dipetik dari portal Detik.com pada 3 Ogos 2022, Yosa dilaporkan berbuat demikian setelah memikirkan nasib anak-anak buahnya yang kebanyakannya golongan petani yang sering menghadapi kesulitan kewangan untuk perbelanjaan keluarga

Sebelum ini, kebanyakan warga Kawunghilir selalu meminjam wang dengan ah long pada kadar faedah yang tinggi sehingga warga tidak mampu membayar balik wang pinjaman itu. 

Sekiranya para peminjam gagal membayar balik pinjaman mereka dalam masa yang ditetapkan, para pengutip hutang akan mengancam keselamatan peminjam serta ahli keluarga mereka. 


Kredit foto: FB Yosa Novita


‘’Menyedari kejadian itu sering terjadi ke atas peminjam maka saya rela mengeluarkan wang simpanan saya sendiri  tanpa mendapat sumbangan daripada pihak pemerintah untuk menubuh koperasi tersebut. 

‘’Syarat-syarat untuk meminjam wang di koperasi itu hanya penduduk yang tinggal di Desa Kawunghilir sahaja dan mereka boleh meminjam antara Rp500 ribu (RM150) hingga Rp15 juta (RM4,489) bagi satu keluarga tanpa dikenakan sebarang faedah

‘’Tempoh bayaran balik selama setahun dan jika mereka gagal membayar balik dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh melanjutkan bayaran pinjaman tersebut tanpa dikenakan faedah serta denda,’’ kata Yosa.


 


Koperasi Kades Yosa telah ditubuh sejak setahun yang lalu ketika dia mula memegang jawatan Kades di desa berkenaan pada 23 Julai 2021 lalu.

Yosa berkata, warga yang meminjam wang di koperasi tersebut untuk dibuat modal pertanian mereka selain terdapat juga mereka gunakan wang itu untuk persekolahan anak-anak mereka.

 ‘’Inilah salah satu usaha saya membantu anak-anak buah saya yang kebutuhan wang daripada mereka meminjam wang dengan pihak lain,’’ katanya. - KitaReporters


Yosa Novita bersama penduduk Desa Kawunghilir, Jawa.

14
12
0
13
0

Copy Link: