Video| Penyejuk mata ibu! Budak lelaki gigih bantu mak berniaga! Sambil jaga adik! Ayah sudah tiada!

Published by
KitaReporters


KISAH seorang budak lelaki yang bekerja keras membantu ibunya berniaga di kedai makan sambil menjaga adik kecilnya setelah kehilangan ayah jentik rasa sebak orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @anassidqi26, beliau yang berada di kedai tersebut memaklumkan ayah kepada budak itu telah meninggal dunia kira-kira 9 bulan yang lalu yang membuatkan budak tersebut memikul tanggungjawab terhadap keluarga.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan budak-budak


Di depan adik, di belakang pula abang. Ayah mereka baru sahaja meninggal tahun lepas pada bulan 9, hebat anak kamu wahai ayah, rajin macam ayah mereka, tolong ibu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan mereka bertiga. Marilah ke kedai mereka di depan sakan kemunting taiping, bihun sup cik,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa terharu dengan pengorbanan adik itu serta mendoakan beliau sekeluarga dimurahkan rezeki dan tabah menghadapi dugaan.




“Masyallah mak ayanya berjaya mendidik menjadi anak menjadi manusia. Tahniah. Mari sokong perniagaan kakak ni. Semoga dimurahkan rezeki,” ujar @NurulAziemah.

“Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan mereka,” kata @AydaJaffar.

“Alhamdulillah semoga abang menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk mata ibu ya,” tulis @zaidbadrijah. - KitaReporters


12
14
0
12
0

Copy Link: