Nynaa Harizal nak rehat selama 2 tahun! Tumpu jadi usahawan kecantikan! Produk jenama Her Beauty!
Published byPelakon muda, Nynaa Harizal, 27, bukanlah terlalu lama dalam dunia seni hiburan dan perfileman waima pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Dewi Remaja 2019/20 ini sudah berlakon dalam empat buah filem, 14 buah drama serta 4 telefilem.
Filem terakhirnya,”Sumpahan Syaitan’ baru sahaja dilancarkan di pawagam pada 2 Mac 2023 lalu lakonan bersama Farid Kamil.
Namun terkini, pemilik bernama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal yang baharu sahaja menimang cahaya mata sulungnya pada 29 Januari 2023 lalu mengambil keputusan untuk berehat seketika bagi menumpukan perhatiannya bergelar usahawan selebriti pula.
“Nynaa baru lepas bersalin dan rasanya akan berehat seketika dalam tempoh setahun dua tetapi doakanlah agar Nyna kembali berlakon selepas itu sebab berlakon memang minat Nyna,” ujar Nynaa selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama ‘Her Beauty’ yang memperkenal produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum di The Face Suites, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2023.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan produk-produk kecantikan
Nynaa mendapat sokongan dari suami tercinta, Mohamed Fahmi.
Turut hadir suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sebagai Pengarah ‘Her Beauty’ yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MFI Sdn Bhd.
Berkongsi kisah peralihannya kepada dunia perniagaan, Nynaa memberitahu niatnya untuk mempunyai bisnes yang ada kaitan dengan dunia kosmetik sudah lama dipendam dan kesempatan ini diambil atas sokongan dan dokongan suami.
“Nynaa suka kosmetik dan kenapa Nynaa menghasilkan lip booster ini disebabkan Nynaa sendiri mengalami masalah bibir kering dan merkah hingga berdarah. Sebab itu Nynaa cari formula dan menghabiskan R&D untuk produk ini selama 8 bulan sebelum berpuas hati,” katanya yang menjadikan dirinya sebagai ‘ujian’ pada kedua-dua produk yang dihasilkan.
Menurut Nyna, selepas kerap menggunakannya beliau mendapati kesannya mujarab di mana bibirnya kembali lembap dan munggil sekali gus menyelesaikan masalah bibir yng serius dialaminya.
Nyna berpendapat produknya itu mampu membantu wanita yang mempunyai masalah sama sepertinya apatah lagi produk tersebut dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.
Nynaa melakukan demonstrasi produknya pada bibir modelnya.
“Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik.
"Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri,” tambah Nynaa yakin mampu membantu golongan wanita yang inginkan bibir menarik seperti idolanya, Jennifer Lopez.
Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, Nynaa berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi ‘Her Beauty’ ke aras tertinggi menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas .
“Kami sudahpun meancang untuk mempromosikan jenama ‘Her Beauty’ secara berperingkat,” ujar Nyna.
Sambungnya, melalui pengamatannya sewaktu masih dalam fasa ‘market research’ beliau mendapati trend pelanggan di Malaysia cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan.
Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat dan membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.
“Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran ‘Her Beauty’ iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran,” jelas Nyna.
Kini keluarga bahagia bersama cahaya mata pertama mereka, Zara Arianaa Mohamed Fahmi yang dilahirkan pada 29 Januari 2023 lalu.
“Doakan peralihan saya ke dalam dunia perniagaan ini berjaya dan insya-Allah akan ada lagi beberapa produk baharu akan datang,” akhiri Nynaa yang satu ketika dahulu pernah viral apabila kisah rumah tangganya menarik perhatian netizen apabila Fahmi mendakwa isterinya telah dilarikan bapa mertua mereka ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada awal bulan November 2021.
Untuk rekod Nynaa mendirikan mahligai bersama Fahmi pada 28 Ogos 2021. - KitaReporters