Berbaloi! Aina Abdul belanja RM90k untuk pakaian AJL37! Ilham tema awan masa ada dalam kapal terbang!
Published bySETIAP kali persembahan melibatkan Aina Abdul, para peminat termasuk golongan media tidak sabar untuk menantikannya kerana beliau selalu membawa elemen kejutan dari segi pakaiannya.
Dalam Anugerah Juara Lagu (AJL37) pada 13 Februari 2023, Aina seperti diramalkan hadir melakukan persembahan dengan mengenakan pakaian serba putih dan ia dikatakan bertema awan, sekali gus memukau para hadirin yang ada di dalam Stadium Axiata itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kostum pakaian
Aina memaklumkan kepada media, beliau memilih tema awam ini kerana mendapat ilham ketika berada di dalam kapal terbang dan dedikasikan persembahan tersebut kepada arwah ayahnya.
Bukan hanya inginkan perhatian melalui pakaian tetapi aura persembahan penyanyi muda ini juga seiring untuk memukau para penonton.
Namun itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia telah menelan kos yang begitu banyak. Difahamkan hampir RM90,000 untuk keseluruhan persembahan di pentas AJL itu.
Pelaburan yang dilakukan oleh penyanyi berusia 29 tahun ini tidak sia-sia apabila berjaya membawa pulang dua trofi iaitu vokal terbaik dan trofi paling diimpikan oleh setiap penyanyi iaitu kejuaraan AJL.
Dua kemenangan ini membolehkan Aina membawa pulang RM12,000 untuk Vokal Terbaik dan selaku juara AJL37 membawa pulang RM100,000.
Nama Aina dalam industri semakin kukuh dan pelbagai kejayaan telah beliau kecapi. Bukan itu sahaja, dirinya juga menjadi perhatian kesemua peminat untuk melihat pakaian apakah lagi yang akan digunakan pada acara seterusnya. - KitaReporters