Pengasas kosmetik berjaya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin terkejut dicop sebagai perempuan jalang oleh isteri seseorang. Kejadian itu dikatakan berlaku kerana salah faham. Joy berkongsi pengalaman buruk itu di Facebooknya. : KitaReporters


Menurutnya, dia mohon maaf kepada para isteri yang terkesan dengan mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada suami mereka.

Joy mendedahkan, akibat salah faham dia dipanggil perempuan jalang.


“Tak pasal-pasal Joy kena maki hari ni. 

"Mohon maaf kepada isteri-isteri yang terbaca dalam WhatsApp suami masing-masing apabila “message blast” Joy yang ada perkataan “dear, sayang, with love, emoji kiss 💋 / yang lain-lain” dalam telefon tu,” tulisnya.

Kata Joy lagi, dia sebenarnya tidak tahu ada antara ejen atau promoter online produknya terdiri daripada suami orang. 

Selain itu, kekeliruan juga disebabkan ada ejen yang tidak menggunakan gambar profile sebenar dalam aplikasi WhatsApp itu.

“Seriously, Joy sendiri pun tak tahu suami anda pun antara ejen/promoter online MERVE (profile picture tak letak jadi tak tahu ejen tu lelaki/perempuan).

“Mesej tu adalah secara rambang (blast). Bukan Joy bagi secara personal ya. 

"Sebab biasanya ejen-ejen/promoter online semuanya wanita. Jarang ada lelaki. 

"Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-siteri yang suaminya adalah ejen MERVE. 

"Kalau nak marah, marah suami anda ya, jangan marah Joy.

“Tak pasal-pasal mendapat panggilan perempuan ja**** hari ni,” jelasnya.

Joy Revfa telah bertunang dengan rakan kongsi perniagaan di Shah Alam, Selangor.


Semoga penjelasan daripada empunya badan dapat membuatkan isteri-isteri yang mana suaminya adalah ejen produk berkenaan lega dan tidak memanjangkan lagi hal tersebut. - KitaReporters

0
0
1
2
0

Copy Link: