HIZAITEY Asra Asra Anak Hadi yang mempergayakan pakaian tradisional masyarakat Orang Asli dalam Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli Secara Online dan keputusannya diumumkan pada 28 Februari 2021 . - Kredit Foto : PKKOAP


HARI ini tanggal 28 Februari 2021 dan debaran hati seorang gadis anak Orang Asli semakin bergelora di hatinya apabila mampukah dia dinobatkan sebagai juara pada Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli Secara Online yang bakal diumumkan.

Andai kata jikalau Hizaitey Asra Anak Hadi, 16, diisytiharkan juara bagi kategori perempuan bermakna impian serta cita-cita gadis dari suku kaum Temuan itu untuk menjadi seorang peragawati (model) profesional terutama suatu masa nanti akan terlaksana


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peragawati (model):

https://kitareporters.com/search?search=model


DEBARAN HIzaitey Asra menanti keputusan pertandingan pada 28 Februari 2021. - Kredit Foto : PKKOAP


Ini kerana hasrat remaja dari Bukit Tadom, Banting, Selangor untuk membabitkan dirinya dalam dunia peragaan (modelling) terutama memperagakan pakaian tradisonal sejak dari bangku sekolah rendah lagi demi masyarakat Orang Asli.

Tujuan utama penyertaannya adalah bagi membuktikan golongan tersebut mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang peragaan yang sebelum ini kurang disertai  kaumnya.

Menurut Hizaitey, sekarang ini terdapat beberapa artis dari masyarakat Orang Asli yang berjaya dalam bidang nyanyian dan amat sesuai lah jika dia terlibat pula dalam kerjaya sebagai peragawati (model). 



``Pertandingan itu anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asli Perak (PKKOAP) sebagai tiket permulaan untuk melibatkan diri saya dalam bidang modelling yang sentiasa mendapat sokongan kedua-dua ibu bapa. 

``Sekiranya saya berjaya dalam pertandingan itu, ia akan membangkitkan lagi semangat saya bersama keluarga ke arah itu selain saya tidak akan abaikan pelajaran yang lebih terjamin pada masa depan,’’ katanya kepada media baru-baru ini.


HIZAITEY ASRA. - Kredit Foto : PKKOAP


Hizaitey Asra berkata, selain mendapat sokongan ibu bapa dan kakaknya, ia juga disokong oleh seorang guru sekolahnya, Cikgu Rohaizat dan adiknya yang turut membantunya  merakam gambar dengan pelbagai aksi untuk dihantar ke pertandingan itu. 

Menurutnya, pertandingan itu amat mencabar dengan bilangan peserta begitu ramai dalam kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh negara menyebabkan hatinya sentiasa berdebar sama ada dia berjaya ataupun sebaliknya.


RONNIE Bahari selaku Ketua Juri Pertandingan.


Sementara itu, Pengerusi PKKOAP, Ronnie Bahari memberitahu, pertandingan itu bermula pada 17 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021 lalu yang bertemakan batik serta flora dan ia terbuka secara dalam talian kepada semua kaum Orang Asli berumur 13 tahun hingga 70 tahun

Menurutnya, sambutan peserta pada tahun ini amat mengalakkan membabitkan 2,398 peserta dari 14 kaum masyarakat Orang Asli seluruh negara berbanding pada 2018 hanya 240 peserta sahaja


Gadis Suku Temuan, Jazreen A/P Jusoh yang merupakan seorang pelajar Universiti  Malaysia  Terengganu (UMT) menyertai pertandingan itu dengan Pakaian Pahlawan Wanita Orang Asli. - Kredit Foto : PKKOAP 


Beliau berkata, pertandingan tersebut terbahagi dua kategori iaitu wanita dan lelaki dan setiap peserta yang menyertai pertandingan berkenaan akan menghantar dua keping gambar berserta butiran peribadi kepada pihak penganjur. 

``Para peserta terbabit akan dinilai berdasarkan kreativiti dan tema selain memperagakan pakaian dan keaslian yang akan dipilih oleh juri-juri dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan pemimpin masyarakat Orang Asli.

``Pertandingan ini dilakukan secara dalam talian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan para pemenang pertandingan itu yang melibatkan 27 hadiah akan diumumkan secara siaran langsung dalam Facebook pada 28 Februari 2021,’’ kata Ronnie. - KitaReporters 

PESERTA Edwin Mathew A/L Chow Ho Beng dengan aksi pakaian Suku Kaum Semai dalam Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli. - Kredit Foto : PKKOAP 


32
7
0
3
2

Copy Link: