Perkahwinan Kim Kardashian dan Kanye West dikatakan sukar untuk diselamat.


PASANGAN selebriti terkenal Kim Kardashian, 31, dan Kanye West, 43,  gagal menyelamatkan perkahwinan yang berusia 7 tahun dan dikurnia empat cahaya mata itu.

Menurut laporan portal People.com, Kim Kardashian mengajukan tuntutan cerai terhadap Kanye West pada Jumaat, 19 Februari 2021. Difahamkan, perceraian itu tidak mendatangkan masalah kerana sudah sepakat dalam urusan pembahagian harta  dan prosesnya berjalan lancar.

Kardashian dan West sebelum ini dianggap sebagai pasangan selebriti Hollywood yang berjaya menjalin kehidupan bahagian dengan memiliki empat cahaya mata.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Hollywood:

https://kitareporters.com/search?search=hollywood



Kardashian dan West bersama anak-anak.

Namun sejak Januari 2021, pasangan ini diberitakan mengalami keretakan kerana tidak sehaluan.

Sejak itu Kardashian telah melantik seorang peguam, Laura Wasser sebagai peguamnya untuk menguruskan perceraiannya.

Perselisihan pasangan ini dikatakan bermula daripada sikap West.

Kardashian dikatakan kesal tindakan West membocorkan masalah keluarga dan perkahwinannya dalam akaun Twitter ketika berkempen untuk pencalonan Presiden Amerika Syarikat.


Kardashian berjaya dalam kerjaya seni dan perniagaan.

Tindakan West itu membuat Kardashian menuduh West mengalami gangguan bipolar (bipolar disorder). West adalah suami Kardashian ketiga. 

Kardashian pernah meminta para peminatnya menyokongnya yang sedang menghadapi masalah rumah tangga yang rumit.

Pasangan ini mulai bercinta pada 2012 dan bernikah  pada Mei 2014 dan dikurnia empat anak. 


Kayne West ketika bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat.


Kim Kadarshian atau nama penuhnya Kimberly Noel Kadarshian terkenal sebagai pelakon, personaliti TV realiti, model dan ahli perniagaan di Hollywood.

Sementara Kayne West pula adalah seorang penerbit, penyusun muzik dan penyanyi aliran hip-hop. - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: