Kata cebok: Suami prank isteri! Reaksi isteri sangat sweet!
Published byBagi pasangan sudah berkawin, dapat memasak bersama adalah aktiviti yang sangat baik bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagi pasangan yang tak pandai memasak jangan risau, inilah masak terbaik untuk belajar sama-sama. : KitaReporters
Masak tak semestinya perlu sedap seperti di kedai tapi sekurang-kurangnya dapur itu berasap la juga dan dapat makan bersama.
Boleh la bermanja-manja di dapur.
Tapi awas!!! Jangan terlebih manja pula, takut-takut tak jadi aktiviti memasak pula nanti.
Kredit IG Maryam Younarae
Satu video yang dimuat naik oleh Maryam Younarae dalam instagram miliknya menunjukkan betapa sweetnya pasangan ini belajar memasak bersama sehingga beliau sendiri tidak perasan telah di'prank' (diperdaya) oleh suaminya sendiri.
Ketika Maryam sedang menunjukkan cara untuk memasak, suaminya secara spontan menyuruh Maryam gunakan perkataan "cebok".
Maryam yang berasal dari Korea ini sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu tetapi sedikit demi sedikit belajar bersama suaminya yang berasal dari Malaysia.
Tapi tak lama kemudian, followers mereka telah bagi tahu apa makna sebenar "cebok" itu.
Reaksi si Maryam ini sangat marah tapi masih lagi kelihatan sweet.
Video ini juga dikongsi dalam satu lagi IG milik mereka. Tetapi video ini berbeza sedikit dengan Maryam.
Tapi sweet tu tetap sama!!!!
Kredit IG duriankimci
Pasangan Malaysia Korea ini sebenarnya pernah menjadi tumpuan beberapa media di Malaysia dan sehingga kini, mereka tetap menjadi tumpuan para peminat dek kerana video yang dikongsi sangat menghiburkan dan tampak manja serta sweet.
Maryam yang cuba bercakap dalam bahasa Melayu setiap kali dalam video tersebut menjadikan video itu kelihatan lucu dan menarik.
Bagi jejaka di Malaysia, mungkin jodoh anda di Korea. Carilah mana tahu jumpa gadis Korea ke.
Bagi golongan wanita ini pula susah sikit sebab cita rasa tinggi sangat, nak jenis artis K-Pop. Kemain demand ya!!! - KitaReporters
Kredit IG duriankimci
Kredit IG duriankimci
Kredit IG duriankimci