Kemahiran ketika PKP! 35.5% rakyat suka memasak dan bakar roti! Hasil tinjau selidik Gardenia!
Published byPELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan
sebelum ini sebagai usaha mengawal penularan Covid-19 secara tidak langsung turut
menyaksikan pelbagai aktiviti dilakukan oleh rakyat bagi hilangkan rasa bosan duduk
di rumah.
Bukan sekadar mengisi masa semata-mata, ada antaranya mengambil peluang mencuba kemahiran tertentu serta menjadikan hobi mereka sebagai kerjaya yang menjadi sumber rezeki.
Berdasarkan hasil Tinjau Selidik Gardenia - Kesejahteraan Bermula Dari Rumah yang dikendalikan oleh Cilisos Media, memasak dan membakar roti merupakan kemahiran paling teratas dipelajari rakyat Malaysia semasa PKP dengan 35.5 peratus(%).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKP
Rakyat Malaysia gemar mempelajari kemahiran memasak dan membakar roti sewaktu tempoh PKP.
Hasil tinjau selidik Gardenia berkenaan juga mendapati
kemahiran mengemas rumah menduduki peratusan kedua tertinggi dengan 23.7% ,
diikuti pengurusan masa(16.1%) dan kemahiran perniagaan (7.2%) manakala
sebanyak 17.5% menunjukkan tidak produktif.
Merujuk kepada peratusan kemahiran paling teratas dipelajari rakyat Malaysia, tidak hairanlah pada minggu pertama PKP 1.0 dilaksanakan akaun Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ mendapat lebih sejuta pengikut hanya dalam tempoh masa 10 hari sahaja.
Ramai yang berkongsi kesilapan memasak masing-masing sehinggakan ia menjadi satu jenaka sekali gus dapat mengubat kedukaan serta rasa gundah gulada yang mencengkam perasaan rakyat kerana perlu jalani kehidupan tidak seperti kebiasaan.
Pemilik atau ‘admin’ Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official pada awalnya hanya membuka serta mengendalikan akaun berkenaan bagi mengisi masa lapang namun tidak disangka ia mendapat perhatian warganet untuk berkongsi kisah kegagalan makanan disediakan mereka.
MATJ@HN percah cetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia sewaktu tempoh PKP.
Bukan sekadar menjadi hiburan yang menceriakan orang lain semata-mata, sesetengah individu juga bertindak menjadikan hobi mereka sebagai satu perniagaan kecil sama ada menjana pendapatan sampingan atau pun tetap.
Bilangan bakeri dan perniagaan makanan dari rumah melonjak untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah sejak perintah kawalan pergerakan.
Kita perlu mengenal dan menghargai peranan media tempatan yang berjaya menyokong perniagaan kecil di bawah kempen seperti #sapotlokal.
Oleh kerana kebolehkongsian berita ini mudah dam platform digital, ia telah membantu usahawan menyara hidup keluarga mereka dan membolehkan kita menjamu selera dengan makanan yang yang diidamkan.
Hasil Tinjau Selidik ‘Wellness Begins At Home’ (Kesejahteraan Bermula di Rumah) Gardenia dari aspek kesan terhadap kesihatan mental, sebanyak 69.1% responden mengakui terkesan akibat PKP.
Kesan umun dialami ialah kelesuan mental dengan 28.2%, diikuti rasa mudah gelisah (23.2%) dan 18.4% mengalami kemurungan.
Gardenia KL bertekad untuk terus memberikan sokongan kukuh kepada usaha negara pulih daripada pandemik Covid-19.
Sempena Minggu Kesihatan Mental Sedunia 2021, hasil penemuan daripada Tinjau Selidik ‘Wellness Begins at Home’ telah dibincangkan dalam forum secara langsung menerusi akaun Facebook @GardeniaKL.
Forum tersebut melibatkan penggiat kesihatan mental selebriti dan Penaung Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Che Puan Sarimah Ibrahim; penggiat kesihatan mental dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar; serta Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun.
Perbincangan meliputi kesan pandemik terhadap rakyat Malaysia, petua gaya hidup lebih sihat dan banyak lagi.
Jika anda terlepas acara ini, usah bimbang! Anda masih boleh mengikuti perbincangan di laman Facebook Gardenia KL: https://fb.watch/8Lrd_rysnb/. - KitaReporters