Video| Lempar wang dari kereta! Dahsyat cara dia bersedekah!

Published by
KitaReporters

KALAU di Malaysia, sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew dan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, pasti ramai yang tahu dua figura umum itu terkenal dengan sifat mulia mereka. Sering membantu orang yang dalam kesusahan dengan pantas, kedua-duanya menjadi contoh masyarakat. Malah, ramai yang memasang impian untuk jadi seperti mereka. : KitaReporters 


Bersedekah boleh dibuat secara terang-terangan atau sembunyi.


Lihat kisah-kisah berkaitan sedekah:

https://kitareporters.com/search?search=sedekah


Bersedekah dan menolong orang ramai boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara sembunyi atau uar-uarkan kepada umum. Terserah pada diri masing-masing.

Namun di Indonesia telah tular satu video menunjukkan seorang yang tidak dapat dikenal pasti melakukan sedekah dengan cara yang tersendiri. Individu terbabit, memilih untuk bersedekah tanpa mendedahkan identitinya namun dilakukan di khalayak umum


Video menunjukkan sebuah kereta berhenti di tepi jalan lalu pemandunya melemparkan sejumlah wang. - Kredit video: Indozone.Id


Menurut laporan daripada portal Indozone.Id, indvidiu terbabit dilihat telah melemparkan sejumlah wang dari dalam kereta di tepi jalan raya di hadapan sebuah masjid.

Pemandu kereta tersebut telah memberhentikan keretanya dan secara tiba-tiba melempar wang ke arah beberapa orang AJK masjid yang bertugas mengutip derma orang ramai di tepi jalan. 


AJK-AJK masjid mengutip wang yang berterabur di atas jalan raya. - Kredit foto: Indozone.Id


Tindakan individu terbabit menyebabkan wang jatuh berselerakan di jalan raya dan membuatkan AJK-AJK masjid berebut-rebut mengutip wang berkenaan.

Namun, selepas melemparkan sejumlah wang, kenderaan individu itu terus bergerak meninggalkan tempat tersebut. Sementara itu, petugas-petugas yang masih dalan keadaan terkejut itu, kelihatan begitu gembira dan berterima kasih kepada individu yang tidak dikenali itu.

Kejadian itu berlaku di Barabai, Kalimantan Selatan, Indonesia dan akhirnya tular dalam media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 



Semoga yang memberi sedekah itu semakin dilimpahi rezekinya. Mungkin cara tersebut tidak sesuai dilakukan di Malaysia apatah lagi musim COVID-19 ini.

Bukan apa, takut nanti niat bersedekah itu menjadi malapetaka pula apabila ramai orang berkerumun berebut duit tanpa menjaga SOP yang ditetapkan. - KitaReporters

0
1
1
0
2

Copy Link: