Jom melancong ke Maran! Macam-macam ada! Bandar Sejahtera!
Published byLagi cerita-cerita dari Pahang:
https://kitareporters.com/search?search=pahang
Maran antara 11 daerah di Pahang yang mempunyai banyak lokasi menarik 'hidden treasure' untuk dikunjungi.
Alam semula jadinya masih terpelihara dan jelas dilihat jika anda berpeluang meninjau kawasan perkelahan Air Terjun Jeram Pelangi, Air Terjun Teladas, Taman Rimba Lubuk Yu dan Taman Rekreasi Che Minah Sayang.
Juga dapat dilihat bukit bukau serba menghijau di Bukit Kertau dan Bukit Gebuk yang menjadi tumpuan peminat 'hiking' sambil meninjau keindahan sekeliling.
Panjat jangan tak panjat. Biar penat tapi berbaloi!
Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Pengarah MOTAC Pahang, Datuk Idros Yahya (kanan) terpegun melihat sarang lebah kelulut di Kelulut Farm Kampung Keramat sempena lawatan Produk Pelancongan Pahang anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Majlis Daerah Maran.
Galeri M Warna milik Zakaria Adam yang turut dikenali sebagai 'Master of Pitcher'
Ecopark Lubuk Yu menyajikan pemandangan luar biasa dan menarik perhatian pengunjung
Bukan itu sahaja, peminat golf boleh mempamerkan skil masing-masing di Padang Golf Maran Hill Golf resort (MHGR) 18 lubang di atas bukit dan melihat bandar Maran di kejauhan sesayup mata memandang.
Anda juga boleh melihat pameran lukisan bertema 'periuk kera' oleh pelukis tempatan, Zakaria Adam Galeri M Warna mikiknya.
Jangan lepaskan peluang melawat ladang kelulut di Kampung Keramat yang turut dijadikan kawasan riadah serta lokasi punca mata air semula jadi.
Rabbitland dan Jengka Wonderland juga Pusat Kraf Tangan Chenor dan Taman Tasik Maran serta beberapa lokasi menarik lain di daerah ini sudah cukup membuatkan mereka terpaksa memilih untuk menginap lebih daripada sehari!
Tak cukup sehari atau dua hari jika ingin meninjau lokasi menarik ini. Jom melancong ke Maran.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Pahang, Datuk Edros Yahya ke lokasi yang dikenal pasti berpotensi untuk dikomersislkan sehingga ke peringkat global.
Nampak seperti industri kampung je tapi impaknya boleh jana pendapatan lumayan untuk pemain industri dan penduduk setempat.
Tetapi ia masih baru untuk orang luar!
Tak pernah dengar nama masakan sebegini.
Ia diperbuat daripada ikan sungai yang direbus sehingga semua tulang temulangnya hancur dan lembut. Kemudiannya dimasak bersama campuran santan pekat, bawang, gula, asam keping dan kunyit. Dimasak sehingga pekat sebelum dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
Rasanya? sedap sangat. Jom try kalau singgah di Maran!
Kami juga berkesempatan ke Galeri M Warna milik Zakaria Adam atau dikenali sebagai Master Of Pitcher.
Setiap hasil lukisannya bertemakan periuk kera dan pastinya ia sesuatu yang amat unik. Memang cantik lukisannya kerana beliau bijak menggunakan latar warna yang menarik disesuaikan dengan gambaran lukisan.
Galeri Tokoh dan Galeri 3D mula dibuka pada orang ramai bermula 3 Februari 2020 dan lokasi ini menggunakan konsep dua dalam satu di mana bahagian bawah untuk pameran tokoh dan bahagian atas untuk lukisan 3D.
Boleh bergambar sakan ye untuk kenangan!
Destinasi seterusnya ialah Ladang Kelulut di Kampung Keramat. Di sini ada kawasan sumber mata air semula jadi yang masih tidak diketahui orang luar!
Sambil minum madu dan mendapatkan pelbagai produk berasaskan madu kelulut, anda boleh rasai kesegaran air dari mata air yang tersembunyi ini!
Ladang Kelulut di Kampung Keramat
Tangki simpanan air yang diperoleh daripada sumber mata air semulajadi dari dalam tanah
Bagi mereka yang gemarkan suasana hutan dan jauh dari keriuhan bandar, kunjungilah ke Hutan Lipur Teladas yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari bandar Maran.
Ia mula dibuka pada 1985 dan dibanjiri pengunjung terutama pada waktu hujung dan cuti sekolah. Kawasan ini terkenal dengan air terjun dan sungainya yang jernih.
Kemudahan yang disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awan, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit. Suasana hutan & sungai yang menenangkan pasti mengujakan kita semua.
Tetapi awas, jangan cuba-cuba untuk datang ketika musim tengkujuh antara November hingga Februari kerana kawasannya menjadi bahaya dan jika tersilap tarikh ada kemungkinan anda bertembung dengan kepala air yang tiba-tiba muncul tanpa disedari!
Hati-hati ketika berkelah dan mandi mandi terutamanya jika terlihat sesuatu yang janggal.
Tidak sah ke Maran jika tidak ke Taman Rekreasi Che Minah Sayang atau nama lamanya dikenali sebagai Lubuk Ujid.
Terletak di Kuala Sentul iaitu kira-kira 10 km perjalanan dari bandar Maran merupakan kawasan tumpuan pengunjung untuk beriadah terutamanya pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
Berlibur bersama insan tersayang adalah satu situasi yang amat menyeronokkan!
Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Di sekitar kawasan ini terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan tempat meletak kenderaan.
Arus sungai yang tidak begitu deras dan dalam, bersih, dihiasi dengan batu-batu sungai yang menarik pandangan sesuai untuk semua pengunjung.
Destinasi terakhir ialah ke Ecopark Lubuk Yu yang terletak kira-kira 30 km dari bandar Maran.
Nama air terjun ini agak unik diambil sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung perlu melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama.
Ecopark Lubuk Yu menyajikan pemandangan luar biasa dan menarik perhatian pengunjung
Penggemar aktiviti lasak boleh mendaki beberapa tangga semula jadi air terjun Lubuk Yu hingga ke puncak Gunung Berantai.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah flying fox, berbasikal dan bersantai di dalam hammock (dalam buaian).
Sama seperti pusat perkelahan lain, Lubuk Yu juga menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti tempat letak kenderaan, gerai makanan dan minuman, surau, kawalan keselamatan dan tandas.
Justeru, usah bimbang untuk datang berkelah di sini kerana kemudahan cukup lengkap.
Best! semua ada macam duduk kat rumah pulak.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana harga pakejnya turut termasuk sarapan pagi dan makan tengah hari dan minum petang.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Majlis Daerah Maran melalui talian 09-4771411 atau layari laman web www.mdmaran.gov.my
Bergambar kenangan di Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Ketika tempoh PKP dan memasuki frasa PKPP rakyat masih tidak dibenarkan bercuti di luar negara.
Justeru, jangan bazirkan duit sebaliknya lawati dan kunjungilah lokasi pelancongan menarik yang ada antaranya setanding dengan destinasi di luar negara.
Jom ke Maran untuk lawati produk terbaik pelancongan! - KitaReporters