Amaran polis! Pantau anak main TikTok! Jadi umpan pedofilia!
Published bySEBELUM ini aplikasi TikTok menjadi mangsa kecaman kebanyakan masyarakat Malaysia kerana dikatakan tidak berfaedah. Namun, ketika seluruh rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, ramai daripada kita memilih untuk memuat turun aplikasi TikTok bagi mengelakkan kebosanan yang melampau di rumah termasuk golongan artis dan selebriti. : KitaReporters
Apa itu Tiktok? Mungkin masih ada yang tidak tahu asal usul aplikasi media sosial ini.
TikTok juga sebenarnya dikenali sebagai Douyin yang bermaksud video pendek vibrato. Aplikasi ini dilancarkan pada September 2016 oleh Zhang Yimin.
Aplikasi ini sangat popular dalam kalangan golongan mereka di bawah umur dan dikatakan membawa pengaruh buruk.
Terbaharu, ia dikatakan digunakan oleh golongan yang mempunyai minat seks terhadap kanak-kanak atau dipanggil pedofilia.
Justeru, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi
laman sosialnya mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak terutamanya
ketika menggunakan aplikasi TikTok.
Memetik laporan beberapa laman sosial luar negara,
PDRM menjelaskan aplikasi kegilaan kanak-kanak itu digunakan oleh golongan pedofilia
untuk memerangkap mangsa.
“Ibu bapa, sila pantau anak kecil anda bertiktok. Aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun luar negara.
"Ia menjadi platform untuk mengekspresikan diri dalam bentuk nyanyian, tarian, seni fotografi dan sebagainya.
“Namun demikian, dalam keterujaan menggunakan
aplikasi tersebut, tolong ambil peduli mengenai individu yang cuba mengambil
kesempatan kepada kanak-kanak (pedofilia).
“Mereka ini akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran berTikTok dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming), meminta anak kecil berkenaan menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.
“Rakaman video tersebut kemudiannya mungkin disimpan
sebagai koleksi peribadi atau disebarkan kepada individu pedofilia lain.
“Oleh itu ibu bapa sekalian, sila pantau dengan siapa anak kecil anda berTikTok. Pastikan setiap cabaran yang dilakukan sentiasa di bawah pengawasan anda.
"Sedikit terlalai, anak anda mungkin menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab,” tulis kenyataan tersebut.
Betul!! Sebagai ibu bapa, tanggungjawab anda untuk
memantau dan memastikan anak tidak terdedah dengan perkara negatif.
Selain itu, aplikasi TikTok sebenarnya turut mengandungi video-video berfaedah seperti video masakan, pembelajaran dan sebagainya. - KitaReporters