Video| Ifa Raziah pasang 5 bodyguard! Kerana sentiasa tayang barang kemas! Demi status perniagaan!
Published byPENYANYI dangdut 1990-an, Ifa Raziah, 47, yang popular dengan lagu ‘Ser…Ser…Ser’ yang kini terbabit dalam bidang perniagaan dilihat sering memperagakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit ke mana-mana.
Dia menayangkan barang kemas demi perniagaan iaitu bagi memperlihatkan kejayaannya dalam bidang perniagaan. Namun bimbang akan keselamatan diri, Ifa Raziah terpaksa mengupah pengawal keselamatan (bodyguard).
Jika menggunakan hanya seorang pengawal keselamatan adalah perkara biasa. Namun jika menggunakan sampai lima pengawal keselamatan ia agak luar biasa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan barangan kemas
Ini kerana penyanyi dangdut yang nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha memerlukan kawalan keselamatan yang benar-benar ketat. Dan pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi ini agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Menurut Ifa, sebagai usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaannya dalam perniagaan.
Sementara itu, acara jualan raya Starvendors Mega Fest Raya 2022 ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan berlangsung pada 22 hingga 25 April di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Menurut Ifa, dia mengalami waktu sukar tahun 2021 selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung pada tahun itu.
Katanya, disebabkan PKPD dia terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan dia berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari.
Kerana itu, peniaga-peniaga percaya kepadanya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama.
Untuk acara jualan Starvendors Mega Fest Raya kali ini, sejumlah artis tanah air turut akan berniaga.
Bagi anda yang ingin melihat dan memberi barangan yang dijual sejumlah artis tanah air bolehlah berkunjung Starvendors Mega Fest Raya 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 22 hingga 25 April 2022. - KitaReporters