PENDUDUK Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput Utara di Sungai Siput, Perak merayu sumbangan orang ramai untuk membersih serta membaik pulih tanah perkuburan Islam kampung berkenaan yang sudah lama tidak diurus dengan baik. 

Tanah Perkuburan berkenaan kelihatan dipenuhi dengan semak samun di samping terdapat pokok-pokok besar yang tumbuh hampir memenuhi tanah wakaf berkenaan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanah perkuburan



"Saya amat sedih dengan keadaan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Kemiri ini yang berusia lebih 80 tahun itu. 

"Ramai saudara mara kami yang dikebumikan di situ, namun sejak beberapa tahun kebelakangan keadaan tanah perkuburan ini masih tidak terurus dengan sebaiknya kerana tiada dana untuk menguruskan tanah perkuburan itu," kata seorang penduduk Pulau Kemiri, Sulaiman Isam, 62, (gambar atas). 

Katanya, beliau serta beberapa penduduk Kampung mengambil inisiatif awal untuk membaik pulih tempat bersemadinya lebih 800 umat Islam sejak dahulu lagi supaya kelihatan baik dan menarik untuk dikunjungi. 




"Kami menganggap menguruskan tanah perkuburan adalah sebagai fardu kifayah lebih lebih lagi dengan kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Mari kita sama-sama membersih dan menceriakan tanah perkuburan ini dengan mengindahkanya kerana saya yakin ia bakal dikunjungi saudara mara untuk menziarahi waris mereka yang telah disemadikan di tanah perkuburan itu," katanya ketika ditemui KitaReporters.



Beliau berkata, untuk itu beliau merayu orang ramai khususnya umat Islam dapat menyumbangkan infak dan derma bagi membaik pulih tanah wakaf tersebut. 

Menurutnya, jumlah dana yang diperlukan untuk membaik pulih, memasang pagar serta membersih kawasan dianggarkan berjumlah RM10,000

``Saya yakin Tanah Perkuburan Pulau Kemiri ini akan dikunjungi waris-waris terutama pada Hari Raya Aidilfitri nanti oleh sanak saudara yang disemadikan di tanah perkuburan tersebut. 

"Saya juga sedih ada ketikanya tanah perkuburan itu dirosakkan oleh binatang liar dan saya harap keadaan ini tidak berlaku lagi para masa hadapan," tambahnya lagi. 



Sulaiman berkata, permohonan untuk mendapatkan dana membersih ini telah dikemukakan kepada Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

Namun katanya, sehingga kini belum ada sebarang peruntukan yang diperolehi dari mana-mana pihak

Kepada yang ingin membantu dan berinfak untuk membersih Tanah Perkuburan Pulau Kemiri ini boleh menghubungi Sulaiman Isam melalui nombor telefon 019 7852805 dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Agrobank KAF Lasah bernombor 1005241000065310 - KitaReporters

11
17
0
11
0

Copy Link: