Badminton Terbuka Malaysia 2022! Viktor Axelsen tundukkan Kento Momota! Catat kemenangan mudah!
Published byPemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen tidak menghadapi masalah besar untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 selepas mencatat kemenangan mudah ke atas Kento Momota pada perlawanan akhir hari ini, Ahad, 3 Julai 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Momota yang berada di kedudukan kedua dunia diramalkan akan memberi saingan sengit namun sebalik terjadi apabila tewas mudah 4-21, 7-21 kepada Viktor.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton
Viktor menetapi ramalan dan dengan kejuaraan ini juga menjadikan beliau pemain Eropah pertama setelah 15 tahun muncul juara kejohanan ini.
Dalam perlawanan akhir itu, Viktor lebih garang dan sangat jarang melakukan kesilapan manakala Momota pula seakan-akan terpaku melihat permainan yang agresif dari Viktor sehingga melakukan kesilapan mudah.
Prestasi Axelsen sejak kebelakangan ini sememangnya sukar untuk digugat dengan prestasi yang begitu baik sehingga sukar mana-mana pemain untuk kalahkan dirinya.
Untuk Momota juga, sejak baik daripada kecederaan kemalangan yang timpa dirinya dahulu, beliau begitu bergelut untuk kembali ke puncak prestasi beliau. - KitaReporters