Asyik-asyik kucing je dapat makan! Monyet pun nak makan juga
Published bySELAIN manusia, haiwan antara makhluk bernyawa yang turut terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19. Haiwan seperti kucing dan anjing terbiar berkeliaran mencari makanan dan ada yang mati kebuluran kerana kerana kesukaran mendapatkan makanan. Tiada sisa makanan untuk mereka kerana semua premis perniagaan termasuk kedai makan ditutup sementara. : KitaReporters
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 kerana COVID-19 sebenarnya memberi kesan yang bukan sedikit kepada semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini.
Bagi kita manusia, pasti sudah membuat persiapan menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi apabila terpaksa berkurung di rumah untuk satu tempoh masa yang lama.
Tiada yang sudi sedekahkan makanan untuk mereka??
Simpati dengan nasib si monyet liar, pemilik akaun Facebook dengan nama Cjai Nco mengambil inisiatif menghantar beberapa kilogram pisang kepada sekumpulan monyet di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada setiap Jumaat sejak PKP dilaksanakan.
Cjai Nco juga mencatat pada videonya makanan untuk golongan memerlukan ketika PKP berkongsi rezeki untuk semua hidupan atas muka bumi ini.
Walaupun ramai yang takut dengan kehadiran si monyet liar ini, Cjai Nco mengambil risiko memberi makanan kepada monyet-monyet yang setia menunggu di tepi jalan mahupun bergayut di atas pokok sebelum menerpa dengan laju ke arah makanan yang diberikan oleh mereka yang bersimpati.
Bagi je la apa yang ada pada tangan.
Ramai pengguna Facebook memuji tindakan Cjai Nco dan mendoakan dia dimurahkan rezeki kerana membantu golongan yang memerlukan.
Selain monyet, Cjai Nco juga memberi makan kepada kucing terbiar yang ditemuinya.
Tiru macam Cjai Nco ni. Bagi makanan tanpa memilih bulu.
Semoga bantuan ini akan terus berpanjangan. - KitaReporters