Kredit foto: Genius.com


SEMAKIN sengit nampaknya perbalahan anggota Search dengan Pengurus Home Of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin yang didakwa telah menyalahgunakan nama kumpulan tersebut

Bekas vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy bersama dengan pemain bes, Nasir Daud serta anak Allahyarham Yazit, Boy, dalam satu kenyataan mendakwa Mozylir menggunakan nama Search tanpa kebenaran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Amy Search


Kumpulan Search sebelum kematian Yazit dan pengunduran Amy serta perbalahan yang berlaku. Foto: Utusan Digital.


Amy walaupun sudah meninggalkan kumpulan Search tetap berjuang memastikan nama Search tidak disalahgunakan. Foto: Budiey.com


Mereka mendakwa Mozylir dan HOC menggunakan nama 'fenomenasearch' melalui laman web www.fenomenasearch.com dan menggunakan alamat e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch.com.

Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search - Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka juga menuntut Mozylir dan HOC untuk menghentikan perniagaan yang didakwa menggunakan nama kumpulan itu tanpa kebenaran.

Sewaktu sidang media yang diadakan pada 21 Mei 2021 lalu, menerusi Instagram Amy, mereka berkata, atas nasihat peguam, tindakan undang-undang terhadap Mozylir akan diambil.  

Malah peniaga itu diberi tempoh tujuh hari untuk menghentikan urusan yang menggunakan nama Search dan jika gagal tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mozylir dan HOC. 


Nasir bersama Amy dan waris Allahyarham Yazit memperjuangkan hak Search. - Foto: Rojak Daily


Bagaimanapun, pada hari ini 24 Mei 2021, Mozylir mengeluarkan satu kenyataan, menjelaskan bahawa beliau dan HOC serta pihak peguamnya, belum menerima apa-apa notis tuntutan daripada pihak Amy dan Nasir.

“Untuk segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap perkara ini, akan dijelaskan kepada umum ketika sidang media virtual (live online) pada Jumaat (28 Mei 2021), pukul 3 petang.  Sidang media ini akan turut dihadiri barisan peguam kami dan pihak kumpulan Search,” jelas Mozylir. 

Tegasnya, perniagaan HOC masih lagi beroperasi seperti biasa dan akan meneruskan aktiviti pemasaran seperti yang dirancang.  Beliau berharap pelanggan HOC terus menyokong perniagaan mereka. - KitaReporters.


Mozylir Mokhtaruddin (tengah). - Kredit foto: Berita Harian

0
0
1
0
0

Copy Link: