NEELOFA ditemani suaminya, Muhammad Haris di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Isnin 24 Mei 2021. Kredit Foto Utusan Malaysia


SELEBRITI Noor Neelofa Mohd Nor selesai memberi keterangan, berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka semasa hadir di mahkamah Seremban 20 Mei 2021 lalu, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada jam 11.40 pagi Isnin, 24 Mei 2021.

Noor Neelofa tiba di pekarangan IPD Seremban pada pukul 10.15 pagi dengan menaiki kereta BMW dan ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail.

Ketika ditemui wanita berusia 32 tahun itu hanya menjawab ringkas, pihaknya telah memberi kerjasama dengan pihak polis.

"Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, terima kasih," katanya ringkas seperti dipetik oleh Sinar Harian, Isnin, 24 Mei 2021.

Padaq Jumaat 21 Mei 2021 lalu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap selebriti Neelofa, yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, pada Khamis, 20 Mei 2021.

Terdahulu tular di mana selebriti itu hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Laporan polis diterima kerana tindakan Noor Neelofa tidak mematuhi SOP pemakaian pelitup muka seperti diwajibkan Kementerian Kesihatan kepada semua orang. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

NEELOFA yang hadir di Kompleks Mahkamah Seremban dengan hanya berniqab tanpa memakai pelitup muka pada Jumaat,  21 Mei lalu. Kredit Foto Utusan Malaysia

4
0
0
0
0

Copy Link: