Video| Selepas jumpa punk dan kupu-kupu malam, temu banduan! Ustaz Ebit masuk penjara Jakarta pula!

Published by
KitaReporters

Selepas membuat tazkirah dengan sekumpulan pemuda punk dan kemudian mengunjungi sebuah kelab malam dan bertemu dengan sejumlah kupu-kupu malam, dalam kunjungannya ke Jakarta, Indonesia, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew pada Jumaat, 23 September 2022 masuk penjara pula.

Kenapa pendakwah terkenal ini masuk penjara? Apa kesalahan yang dilakukan selama berada di Jakarta dalam misi dakwahnya. Itulah pertanyaan dalam kalangan peminat pendakwah bebas ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan banduan-banduan



Sebenarnya Ustaz Ebit melakukan ziarah ke sebuah penjara dan mengadakan tazkirah dengan penghuninya.

Ustaz popular ini turut memberi beberapa hadiah kepada penghuni termasuk makanan yang sukar diperoleh dalam penjara iaitu ayam goreng KFC

Kunjungan Ustaz Ebit tidak diduga oleh penghuni, namun mereka memberi respons baik atas tazkirah yang diberi dan berpelukan dengan pendakwah terkenal ini.

Selain memberi hadiah kepada penghuni, Ustaz Ebit turut memberi hadiah barangan elektrik untuk kegunaan pekerja penjara.




“Ziarah penjara di Jakarta. Beri sedikit hadiah dan tazkirah buat mereka dalam sel. Setiap orang diuji Allah. Kita sedang melalui takdir yang Allah tentukan. 

"Cari juga orang Malaysia di penjara di Indonesia. Gembira mereka ada orang ziarah.

"Ramai juga yang menangis dan terusik hati mereka. Ramai yang bangun minta izin untuk salam dan peluk.

“Syukur dapat memberi semangat dan berkongsi nasihat dengan mereka. Baik-baik dan sangat beradab. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat mereka mereka,” tulis Ustaz Ebit  dalam laman FaceBook dan Instagramnya.

Ustaz Ebit berharap penghuni akan memulakan hidup baru yang lebih bermakna dan memberi sumbangan untuk bangsa, negara dan agama. - KitaReporters


17
22
0
13
1

Copy Link: