SETELAH tular gambar edit yang didakwa sebagai wajah anaknya Muhammad Bilal Muhammad Haris dalam aplikasi TikTok beberapa hari lalu, selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya mengalah setelah sekian lama memegang pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anaknya.

Neelofa, 33, akhirnya  berkongsi foto dan rakaman video anaknya yang sudah berusia 8 bulan dalam Instagramnyanya pada malam Rabu, 12 Oktober 2022.

Ia menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut dalam laman sosial terbabit.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Neelofa

Neelofa akhirnya dedah video dan foto anaknya bagi elak fitnah



Menerusi perkongsian itu, Neelofa menyifatkan kehadiran Bilal sebagai antara kecintaan tertinggi dan teragung dalam kehidupannya

Neelofa yang menggelarkan dirinya sebagai ummi turut menyifatkan kelahiran Bilal sebagai hadiah berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada dirinya dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Ritz, 27, yang tiada tolok bandingnya di dunia ini.



“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka, apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Bilal anak ummi sayang… Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mata. Syukur yang tiada penghujung pada-Mu ya Allah,” tulis Neelofa dalam hantaran sama. 
Dalam hantaran itu juga, Neelofa turut mendoakan Bilal menjadi asbab agama tersebar di seluruh alam.

“Terima kasih wahai Allah yang menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga afiyyah sentiasa untuknya, semoga fakih dia dalam agama,” tulisnya.


Netizen puji wajah Bilal yang comel

Pada Selasa, 11 Oktober 2022, dalam satu majlis memperkenalkan program bual bicara Next To Neelofa di Kuala Lumpur personaliti terkenal ini meluahkan rasa terkilan dan tersinggung atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah anaknya itu melalui aplikasi TikTok

Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya sebagai ibu dan kecewa apabila keputusannya untuk memperkenalkan Bilal pada masa yang sesuai tidak dihormati.

Tambah Neelofa dia dan suami PU Riz sudah merancang waktu yang sesuai untuk memaparkan wajah sebenar Bilal.

Neelofa dan PU Riz bernikah pada 27 Mac 2021 dan Bilal lahir pada 29 Januari 2022. Dan Bilal genap berusia 8 bulan pada 29 September 2022 lalu.




Keinginan untuk melihat wajah Bilal semakin membara apabila seorang pengguna TikTok @bebelancikmin baru-baru ini memaparkan perkongsian video wajah seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa sebagai Bilal.

Walau bagaimanapun, @bebelancikmin tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kesahihan gambar tersebut.

Neelofa bagaimanapun tampil menafikan video yang tular dalam laman Tiktok tersebut bukan anaknya, Muhammad Bilal.

“Hehehe sorry semua, ni bukan Bilal. Tapi comel masya-Allah,” kata Neelofa dalam IG-nya. - KitaReporters

11
14
0
11
0

Copy Link: