Fattah Amin bergambar dengan pengasas Rissa Skin, Nurul Shahera dan suami, Ahmad Shah selepas dilantik sebagai wajah baharu krim malam Rissa Skin.


Ada apa dengan Fattah? Barangkali ini satu judul pertanyaan yang sesuai ditujukan kepada pelakon paling hot itu ketika ini.

Mana tidaknya sejak bergelar ‘duda’, rezeki Fattah Amin, 35,  tiada putusnya menepati kebenaran kata-kata ‘ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa diri’.

Terbaharu Fattah dilantik pula sebagai wajah rasmi produk krim malam ‘Rissa Skin’ khususnya ‘Intensive Repair Night Cream Rissa Skin’.

Pelantikan itu ekoran Fattah Amin berjaya membawa kejayaan kepada produk minuman 'Putey Whitening Coffee' di mana dalam masa singkat produk di bawah jenama Rissa Skin itu mampu meraih jualan sehingga RM5 juta melalui jualan 'live' dalam platform 'TikTok' yang dibantu bersama Amira Othman.



Wow! Terbukti penangan dan promosi Fattah Amin terus memikat hati netizen khususnya kaum wanita.

“Fattah mempunyai ramai sangat peminat perempuan dan itu antara faktor kami memilih beliau sebagai wajah produk krim malam Rissa Skin,” ujar Pengasas Rissa Skin, Nurul Ain Syahera ketika ditemui pada majlis Hi-Tea Eksklusif Rissa Skin X Fattah Amin di Royale Chulan Damansara pada petang 1 Februari 2025.

Turut berada Pengasas bersamanya, iaitu suami tercinta, Ahmad Shah Rizal dan tentu sekali Fattah Amin manakala  pelakon/pelawak yang terkenal dengan taglinenya 'Yak Yak Yeay', Bell Ngasri dan hos TV, Fiza Frizzy atau nama sebenarnya, Fiza Saad bertindak sebagai pengacara majlis.


Dari kiri: Fiza Frizzy, Fattah dan Bell Ngasri.


Acara penuh glamor ini bukan sahaja meraikan kejayaan kempen pemasaran Rissa Skin, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan pelantikan duta baharunya, Fattah Amin yang bakal membawa jenama ini ke peringkat lebih tinggi.

Karisma dan kredibiliti Fattah Amin bukan sahaja memperkukuh jenama Rissa Skin tetapi juga memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap keberkesanan produk yang ditawarkan.



“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur dilantik sebagai duta untuk Intensive Repair Night Cream Rissa Skin. Saya harap dapat memberikan yang terbaik dalam peranan baru ini. Harapan saya, melalui kerjasama ini saya dapat bantu untuk tingkatkan lagi jenama Rissa Skin,” ujar Fattah kala ditemui.

Menurutnya, produk ini bukanlah produk baharu tetapi adalah ‘bestseller’ buat Rissa Skin jadi beliau berperanan untuk melakukan promosi yang lebih giat seperti membuat jualan melalui ‘live’ dan sebagainya.

“Ini juga membuatkan saya mempunyai pengalaman belajar mengenai jualan daripada bag kuning,” ujar Fattah jujur sambil memaklumkan kesan yang diperoleh menggunakan krim malam tersebut dapat dirasai dalam masa seminggu.

Dengan mengamalkan sapuan krim setiap malam, kulitnya lebih cerah dan lembap, katanya.

Dengan langkah ini, Rissa Skin turut mengorak strategi baharu dalam pengembangan pasaran ke peringkat antarabangsa, khususnya ke negara jiran seperti Indonesia, serta di Brunei dan Singapura di mana jenama ini turut mendapat sambutan yang sangat baik.



Majlis turut diserikan dengan penyanyi jemputan istimewa, Amira Othman yang baru-baru ini menjadi topik bualan netizen selepas video muzik lagu terbaharunya  ‘Bila Nak Kahwin’ menampilkan Fattah Amin dengan penggambaran berlangsung di London.

Kehadiran Amira dan Fattah bersama sekali lagi menggamatkan suasana majlis apatah lagi mendapat usikan daripada Bell Ngasri yang secara sponton mengalukan sebaris lirik lagu perkahwinan ‘Gendang di palu, pengantin baharu….’ sekali gus mendapat sorakan hadirin. - KitaReporters


Kehadiran Amira Othman mendapat sorakan.


15
12
0
9
0

Copy Link: