Tahniah Jefri Ngadirin! Dinaikkan pangkat Ketua Pengarah baharu MSN! Gantikan Rashid mulai 4 April!

Published by
KitaReporters

ABDUL Rashid Yaakub (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan simbolik pelantikan Ketua Pengarah baharu MSN oleh Hannah Yeoh (enam dari kanan) kepada Jefri Ngadirin (lima dari kiri). - Kredit foto: MSN


JEFRI Ngadirin akan bergelar Ketua Pengarah baharu Majlis Sukan Negara (MSN) mulai 4 April 2025 ini, lapor satu siaran media oleh agensi Kementerian Belia dan Sukan itu.

Pelantikannya diumumkan pada mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di MSN, Bukit Jalil pada 20 Mac 2025. 

Jefri, 52, merupakan penyandang ke-10 sejak jawatan ini diwujudkan pada 1 Mac 1980 apabila Wan Ahmad Radzi Wan Abd. Rahman menjawatnya.

Beliau yang ketika ini Timbalan Ketua Pengarah MSN (Pembangunan Sukan) bakal menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontraknya pada 3 April 2025 ini.


ABDUL RASHID YAAKUB. - Kredit foto: MSN


Jefri merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di Universiti Miami, Florida, Amerika Syarikat pada 1999.

Beliau memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai Bahagian Pembangunan pada 1993.

Jawatan lain MSN yang turut pernah dipegangnya termasuk Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet.

Jefri kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8 Januari 2024 lalu. - KitaReporters


AHMAD Shapawi Ismail (kiri) dan Jefri Ngadirin. - Kredit foto: MSN


Ketua-ketua Pengarah MSN:

1 Mac 1980 - 30 Mac 1981: Wan Ahmad Radzi Wan Abd. Rahman

1 April 1981 - 31 Disember 1981: Wilfred Vias

1 Januari 1982 – 8 April 1988: Datuk Noh Abdullah

16 Jun 1988 – 31 Julai 1992: Datuk Kamalul Ariffin Abd. Rahim

1 Mac 1993 – 23 Ogos 2005: Datuk Wira Mazlan Ahmad

24 Ogos 2005 – 25 April 2007: Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz

25 April 2007 – 18 Disember 2014: Datuk Seri Zolkples Embong

19 Disember 2014 – 28 September 2023: Datuk Ahmad Shapawi Ismail

1 November 2023 – 3 April 2025: Abdul Rashid Yaakub

3 April 2025: Jefri Ngadirin


RAMLAN AZIZ. - Kredit foto: MSN


ZOLKPLES EMBONG. 


WAN AHMAD RADZI WAN ABD. RAHMAN. - Kredit foto: MSN

11
17
0
8
0

Copy Link: